Ticker

6/recent/ticker-posts

Jawatan Kosong Pembantu Pendidik Taska Genius Perpaduan S19 2024 ~ 12 Feb 2024


 

Portal www.kerjayanow.com hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan.

 

Berikut adalah merupakan maklumat iklan kerja kosong di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Selangor (JPNIN) yang ditawarkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Untuk membuat permohonan, anda boleh rujuk iklan yang telah disiarkan seperti dibawa;-

Kekosongan Jawatan Terkini Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Selangor 2024

1. Maklumat Kerjaya & Tarikh Tutup:

Nama Syarikat

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Selangor

Penempatan

Negeri Selangor

Kelayakan

Rujuk Lampiran Dibawah

Taraf Jawatan

Kontrak

Tarikh Tutup

12 Februari 2024

 

2. Senarai Kekosongan Jawatan:

2.1 Pembantu Pendidik Taska Genius Perpaduan S19

  • JADUAL GRED GAJI S29: RM1,352.00 – RM4,003.00
  • ELAUN: Imbuhan Tetap Perumahan RM300.00 Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM95.00 Bantuan Imbuhan Sara Hidup (BISH) RM200-RM350 (mengikut kawasan)

3. Syarat Kelayakan Asas:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

3.1 Terdiri daripada Warganegara Malaysia;

3.2 Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3.3 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat keputusan seperti berikut:

i. Sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat

Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu (1)

peperiksaan SPM; atau

ii. Sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat

Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus yang dikumpulkan

dalam dua (2) peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.

3.4 Keutamaan permohonan adalah bagi pemohon yang menetap di Negeri Selangor

sahaja.

4. Cara Mohon:

CARA MEMOHON

4.1 Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang

boleh diperolehi di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri

Selangor atau layari laman sesawang https://www.jpnin.gov.my

4.2 Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah

dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 Bab ‘A’

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan

Penamatan Perkhidmatan) 2012.

4.3 Borang Permohonan lengkap hendaklah disertakan gambar terkini (berukuran

passport), salinan Mykad, salinan Sijil Kelahiran, salinan Sijil Berhenti

Sekolah, salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Digital Vaksinasi Covid19 serta dokumen-dokumen sokongan yang mana berkaitan dan disusun mengikut

turutan.

Borang permohonan perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

PENGARAH JABATAN PERPADUAN 

NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

NEGERI SELANGOR

TINGKAT 9, WISMA PKPS

PERSIARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14

40517 SHAH ALAM

Iklan Penuh Jawatan Kosong Dan Borang Permohonan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional NegeriSelangor 2024

Post a Comment

0 Comments