Ticker

6/recent/ticker-posts

Terkini Pengambilan Terbuka Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Siri 2024

Untuk makluman, pengambilan jawatan kosong ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia. Info pengambilan ini adalah seperti yang diiklankan, Portal www.kerjayanow.com hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan.

Permohonan Jawatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2024

Maklumat Kerjaya & Tarikh Tutup:

Majikan: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Lokasi: Seluru Malaysia

Tarikh Tutup Pemohonan: 7 Januari 2024

Maklumat Jawatan Kekosongan:

Jawatan kosong terkini Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan PERAJURIT MUDA (PJM) UDARA SIRI 68/24 (LELAKI)1 sepertimana berikut.

Perajurit Muda (PJM) Udara Siri 68/24 (Lelaki)


Syarat Asas Permohonan:

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 15 Jun 2024.

3. TIDAK BERKAHWIN bagi calon wanita.

4. Penglihatan -

Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap

Tidak rabun warna.

5. Pendengaran - Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran

6. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.

7. Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

Syarat Fizikal:

1. Tinggi:

  • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.65 m
  • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m

2. Berat:

  • Berat Badan Minima Lelaki 49 kg
  • Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg

3. Indeks Jisim Badan (BMI) :

  • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25

Kelayakan Akademik:

1. SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

2. SVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

3. SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]

4. SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]

5. DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

Cara Mohon:



Permohonan boleh dilakukan dengan klik pautan ‘’IKLAN PENUH JAWATAN KOSONG’’ di bawah, untuk maklumat lanjut.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga.

Semoga Berjaya!



Post a Comment

0 Comments