Ticker

6/recent/ticker-posts

LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA DAN BERTARAF SIJIL (SESI JULAI TAHUN 2024)

Untuk makluman, pengambilan jawatan kosong ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia. Info pengambilan ini adalah seperti yang diiklankan, Portal www.kerjayanow.com hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan.



LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA DAN BERTARAF SIJIL (SESI JULAI TAHUN 2024)

KEMENTRIAN KESIHATAN MALAYSIA

Calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau SPM (V) boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dalam perkhidmatan awam tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.

Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan adalah 2 kali setahun iaitu bagi kemasukan Januari dan Julai. Terdapat dua jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan iaitu: 

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Tempoh Latihan : 3 Tahun); da

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil (Tempoh Latihan : 2 Tahun) 

MAKLUMAT KEKOSONGAN DAN SYARAT KELAYAKKAN:

1. JENIS LATIHAN DAN KEKOSONGAN


2.SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V);
  • Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon, sila rujuk jenis-jenis Latihan Separa Perubatan.                     

3. Kategori Pemohon dan Had Umur

1. Pemohon merupakan calon lepasan SPM/SPMV: 

  • Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada sesi pengajian semasa.

2. Pemohon merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) Perkhidmatan Awam Am Persekutuan yang layak dipertimbangkan bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

  • Umur tidak melebihi 51 tahun pada sesi pengajian semasa;
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan disahkan dalam perkhidmatan; dan
  • Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).            

3. Pemohon merupakan PSB dalam mana-mana skim perkhidmatan lain dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan:

  • Umur tidak melebih 38 tahun pada sesi pengajian semasa;
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan disahkan dalam perkhidmatan; dan
  • Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).

CARA MOHON:

Permohonan boleh dilakukan dengan klik pautan ‘’IKLAN PENUH JAWATAN KOSONG’’ di bawah, untuk maklumat lanjut serta syarat dan tarikh tutup permohonan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga.

Semoga Berjaya!



Post a Comment

0 Comments