Ticker

6/recent/ticker-posts

Tiga Kanak-kanak terperangkap akibat Kepala Air yang tiba-tiba melanda

foto ihsan bomba 

Tiga kanak-kanak antara sekumpulan 12 pengunjung Air Terjun Sungai Sendat, Jalan Kampung Gurney, dekat sini yang diselamatkan selepas terkandas di seberang sungai akibat kejadian kepala air, hari ini.

 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata mangsa berusia antara dua hingga 50 tahun.

 

Katanya, bomba menerima laporan kejadian pada jam 3.39 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dihantar ke lokasi untuk operasi menyelamat.

 

DISYORKAN UNTUK ANDA

Guna garam untuk hapus bukti, isteri Bunuh suami sendiri agar dapat Bersama dengan kekasihnya

Pasangan kekasih direman selepas video melakukan perbuatan jelik tular di media sosial

Wanita maut selepas makan ikan buntal

Wanita Maut dan Dua Kanak-kanak hilang selepas Bot karam

Seorang Lelaki Mengamuk dan Pecahkan Pintu Surau akibat Pembesar Suara terlalu Kuat  

 

"Mangsa yang terperangkap merangkumi tujuh lelaki dan dua wanita dewasa serta tiga kanak-kanak.

 

"Semua mangsa terperangkap di seberang sungai selepas kepala air melanda ketika mandi-manda di kawasan air terjun berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


 

Sumber: Berita Harian

 

Post a Comment

0 Comments