Untuk makluman anda permohonan bantuan i-fitri berjumlah RM300 sekali bayar (one-off) kini dibuka untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan sehingga 31 Mac 2023. Pemberian bantuan khas i-fitri ini adalah merupakan salah satu inisiatif yang ditawarkan untuk mereka yang memerlukan.
PERMOHONAN BANTUAN I-FITRI
Untuk sedia maklum, bantuan
i-fitri ini adalah merupakan insentif berbentuk bantuan tunai yang diberikan
secara one-off. Bantuan ini bagi membantu mereka yang memerlukan untuk
persiapan hari raya aidilfitri tahun ini.
Pihak kerajaan negeri telah
membuka permohonan bermula dari 19 sehingga 31 Mac 2023. Permohonan boleh
dilakukan secara atas talian (online), syarat kelayakan dan panduan permohonan
disediakan di ruangan bawah.
Baca Juga:
- Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM200~Semak Sekarang
- Pekebun Kecil Getah Bakal Dapat Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) April ini
- Cara Tebus Kredit Shopee RM400 secara Percuma khas untuk Rakyat Malaysia
JUMLAH
& TARIKH BAYARAN BANTUAN I-FITRI
Kepada pemohon (isi rumah) yang layak akan menerima bayaran pada kadar jumlah sebanyak RM300 dan akan dikreditkan secara sekali bayar mulai 17 April 2023.
SYARAT
KELAYAKAN
Berikut telah disediakan syarat
kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan tahun ini seperti
dibawah:
- Warganegara Malaysia
- Pemohon merupakan ketua isi rumah (KIR) pendapatan bulanan dibawah RM2,500 (b40)
- Ketua isi rumah (KIR) pendapatan bulanan RM2,500 – RM5,000 (m40)
- Pemohon merupakan rakyat Terengganu yang menetap di negeri tersebut
- Mendaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
- Merupakan pengundi berdaftar di Terengganu
- Kepada penjawat awam dan latikkan kerajaan yang menerima elaun tetap secara bulanan tidak layak mohon bantuan ini
Nota : Permohonan bantuan ini
dibuka untuk rakyat negeri Terengganu sahaja, kepada mereka yang berkelayakan
disarankan membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 31 Mac 2023.
TARIKH BAYARAN I-FITRI
Kepada pemohon yang layak, pihak
kerajaan negeri Terengganu akan memberikan bayaran bantuan RM300 ini pada 17
April 2023 bagi persediaan menyambut hari raya
puasa tahun ini.
PANDUAN PERMOHONAN
BANTUAN I-FITRI
Untuk permohonan
bantuan khas sempena menyambut raya aidilfitri ini boleh dibuat secara online,
panduan cara mohon telah disediakan. Sila layari laman rasmi iBantuan – DI SINI
0 Comments
Terima kasih