Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa dua akan dikreditkan ke akaun bank penerima berdaftar secara berperingkat mulai 5 April ini, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
MoF dalam kenyataan
hari ini memaklumkan pembayaran STR fasa dua yang melibatkan nilai RM1.26
bilion itu akan disalurkan kepada 8.7 juta penerima golongan B40.
Menurut kenyataan itu, penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah
dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima
pembayaran tersebut pada tarikh yang sama.
"Semakan
status pembayaran boleh dibuat mulai pada tarikh sama dan penerima STR yang
tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN) mulai 5 April.
DISYORKAN UNTUK
ANDA
- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta Diesel akan kekal sehingga 5 April ini
- Terkini:Tiada lagi Hukuman Mati Mandatori di Malaysia
"Dengan
pembayaran ini, sejumlah RM2.93 bilion peruntukan STR dibayar kepada golongan
B40 pada tahun 2023," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, bagi
pembayaran fasa tiga dan empat akan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan
iaitu pada Julai dan November ini, dengan mengambil kira permohonan baharu atau
kemas kini STR yang diterima semasa tempoh permohonan dan pengemaskinian.
Sehingga 31 Mac
lepas, sebanyak 714,918 permohonan baharu dan 2,618,104 permohonan kemas kini
diterima dan akan melalui proses verifikasi sebelum diluluskan mengikut
kategori kelayakan STR.
Maklumat lanjut berkaitan
pembayaran itu boleh dirujuk kepada soalan lazim (FAQ) di portal rasmi STR
melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my
Sebelum ini,
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya pembayaran STR fasa dua
diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau sekurang-kurangnya awal April,
sebelum sambutan Aidilfitri.
Sumber: Bernama
0 Comments
Terima kasih