Ticker

6/recent/ticker-posts

Seorang Wanita Maut dan Dua Kanak-Kanak hilang selepas bot karam

Bomba melakukan pencarian mangsa bot karam-sumber gambar berita harian 

SABAH: Seorang wanita ditemui lemas, manakala tiga yang lain termasuk dua anaknya berusia tujuh dan sembilan tahun hilang susulan kejadian bot karam di Sungai Penawan, Kampung Sin-Singon, di sini, semalam.


Mangsa yang lemas dikenali sebagai Lerina Rody, 26, ditemui penduduk kampung kira-kira jam 3 petang.


Namun, penduduk kampung menemui mangsa wanita disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


Di hari kedua pencarian mangsa, Joffizan Joffrinos yang berusia sembilan tahun ditemui terapung di tepi sungai oleh orang awam kira-kira jam 4.30 petang.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mayat mangsa ditemukan orang awam kira-kira 15 kilometer dari lokasi bot dinaikinya karam.


"Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA


Dalam kejadian kelmarin, bot dinaiki suami isteri bersama tiga anak mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sinsington karam dengan seorang daripadanya maut dan dua lagi hilang.


Namun suami Lerina iaitu Joffrinos Palandok, 36, dan anak mereka, Jilan yang berusia lima tahun berjaya menyelamatkan diri.


Seorang lelaki berusia 38 tahun turut dikhuatiri selepas terjatuh ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua beradik yang hilang itu, semalam.


Sumber: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments