![]() |
Gambar sekadar hiasan |
Baru-baru ini, seorang wanita iaitu Zara Zayne ada berkongsi satu
laporan jenayah yang pernah diterimanya mengenai seorang gadis mendakwa adik
perempuannya telah menjadi mangsa gangguan seksual oleh ayah kandung mereka
sendiri.
Berdasarkan perkongsian tersebut, seorang pelajar berasrama penuh yang
dikenali sebagai Seri berusia 14 tahun telah mengadu kepada kakaknya mengenai
kisah hitam dan kelakuan jijik ayah kandung mereka.
Dalam laporan tu
dia cerita, dia (kakak mangsa) terima WhatsApp daripada seorang lelaki yang
merupakan pekerja kantin dekat sekolah asrama yang adik dia sedang bersekolah.
Adik dia nama Seri, bersekolah di sekolah asrama dan dia minta tolong dekat
pekerja kantin nak pinjam telefon untuk WhatsApp dengan kakak dia.
Waktu cuti sekolah
panjang, Seri balik rumah. Masa balik rumah, mula-mula ayah kandung dia raba
dia. Lama kelamaan, makin lama makin menjadi-jadi. Ayah masukkan tangan dalam
seluar Seri dan waktu tu hampir-hampir nak merogol Seri tapi tak berjaya sebab
mak tiri dioarang balik kerja.
Ketika menghantar Seri pulang ke asrama selepas tamat cuti persekolahan
ayah mereka sekali lagi membuat perkara yang sama ketika mereka berdua berada
di dalam kereta.
Waktu dah hantar
tu, dia beritahu Seri ada hutang yang Seri kena bayar. Apa yang membuatkan Seri
ni nak sangat hubungi kakak dia sebab waktu tu cuti sekolah dah nak bermula.
Jadi dia takut bila balik, ayah dia buat lagi lebih daripada tu. Kakak dia
kemudian buat laporan polis.
Hasil soal siasat mendapati, kakak Seri juga menerima nasib yang sama
ketika seusia dengan Seri dulu. Disebabkan tidak tahan sering dijadikan mangsa
pemuas nafsu si bapa, dia nekad lari rumah dan meninggalkan dua adiknya
termasuk Seri. Difahamkan, ibu kandung mereka sudah berkahwin lain dan hak
penjagaan diberikan kepada bapa kandung.
Susulan daripada perkongsian itu, Zara menasihati para ibu bapa supaya
mendidik kepada anak-anak tentang ilmu sentuhan selamat. Perkara tersebut
secara tidak langsung mampu dapat memberi pendedahan supaya mereka faham apa
itu rogol, cabul dan sebagainya.
Sumber: Zara Zayne
0 Comments
Terima kasih