Ticker

6/recent/ticker-posts

Seorang ibu masih dalam Pantang ditemui Mati di bawah Katil


Seorang ibu yang masih dalam tempoh berpantang ditemukan maut dengan kesan tusukan pada leher di dalam sebuah bilik di kediamannya Kampung Beris Panchor, Tawan di Kelantan.

 

Kejadian tersebut berlaku selepas mangsa bercakap dengan suaminya yang bertugas di Kedah menerusi panggilan telefon. Menurut ibu mangsa iaitu Zuraizah Mat, dia juga sempat melihat mangsa mengambil pisau pemotong sayur dan membawanya masuk ke dalam bilik.

 

Disebabkan keadaan senyap sahaja selepas Mangsa berbual dengan suami dan juga terlalu lama dalam bilik tidak keluar-keluar ibu mangsa menyuruh Wan Muhamad Nasri (adik bongsu mangsa) untuk melihat kakaknya di dalam bilik.

 

Tetapi alangkah terkejutnya apabila Wan Muhamad melihat kakaknya berada dalam keadaan berlumuran darah terbaring di bawah katil. Difahamkan, ahli keluarga kemudian mencabut pisau sepanjang 16 sentimeter itu sebelum membawa mangsa ke hospital.

 

DISYORKAN UNTUK ANDA

 

Susulan daripada itu, mangsa telah dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Menurut sumber, arwah tidak mengalami sebarang masalah kesihatan selepas bersalin malah sempat membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian

 

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin ketika ditemui di lokasi kejadian mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. Namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

 

 

 

Sumber: KosmoHarian Metro

 

Post a Comment

0 Comments