Pencarum perlu sedar berkenaan risiko mungkir sekiranya pembiayaan menggunakan Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dilunaskan dalam masa ditetapkan, kata Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
"Kemudahan ini
lebih berbentuk memberi akses kepada pencarum untuk mendapatkan pembiayaan
dalam institusi perbankan dan wang ini dijadikan cagaran melibatkan wang
persaraan mereka.
"Langkah ini memberi kelegaan kepada mereka dari segi keperluan
kewangan dan wang tunai yang diperlukan. Namun terdapat risiko yang mungkin
dilalui seperti risiko mungkir. Jadi, mereka juga perlu tahu risiko yang perlu
mereka lalui sekiranya pembiayaan tidak dilunaskan dalam masa ditetapkan,"
katanya.
Beliau berkata
demikian kepada pemberita selepas Ucapan Tahunan Gabenor Bank Negara Malaysia
pada Forum Ekonomi Malaysia anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia di sini hari
ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA
- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta Diesel akan kekal sehingga 5 April ini
- Rasmi: Tarikh Pembayaran STR FASA 2 sudah Diumumkan
- Terkini:Tiada lagi Hukuman Mati Mandatori di Malaysia
KWSP dalam
kenyataan hari ini berkata FSA2 akan dilaksanakan dalam dua fasa bermula 7
April bagi fasa satu dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon
melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan
Nasional.
Ahli yang layak
berumur 40 tahun ke atas boleh memohon semasa fasa satu, tertakluk kepada
kesediaan bank yang mengambil bahagian, manakala tarikh mula fasa dua untuk
ahli di bawah umur 40 tahun akan diumumkan dalam masa terdekat, katanya.
Institusi itu
memaklumkan dengan kemudahan berkenaan, semua ahli KWSP warganegara Malaysia di
bawah umur 55 tahun boleh membuat notis awal untuk pengeluaran umur 50 tahun
atau 55 tahun, dengan syarat mempunyai jumlah minimum RM3,000 dalam Akaun Dua
KWSP.
Jumlah pembiayaan
maksimum telah ditetapkan pada RM50,000, tertakluk kepada baki Akaun Dua KWSP,
dengan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun, kata KWSP.
Sumber: Awani
0 Comments
Terima kasih