Ticker

6/recent/ticker-posts

Pelbagai usaha Pengawalan Harga Barang akan diaksanakan oleh Agensi Kerajaan-PM


Kerajaan melaksanakan pelbagai usaha bagi mengawal harga barang, termasuk melaksanakan jualan terus tanpa pembabitan orang tengah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Perdana Menteri berkata, biarpun harga jualan barang yang diimport sukar dikawal, namun inisiatif terbabit boleh dilaksanakan melalui produk yang dihasilkan dalam negara.

 

"Caranya ialah dengan kita buat seperti pasar tani ataupun projek seperti ini yang diselenggara oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk mengawal harga barang.

 

"Ini menunjukkan kalau kita bawa hasil itu dari ladang, terus ke pasar, harga itu jauh lebih rendah. Lihat sahaja harga sayur yang ditawarkan di sini, jauh lebih murah kerana tidak melalui orang tengah," katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Jualan Agro Rahmah di bazar Ramadan Presint 3 di sini, hari ini.

 

DISYORKAN UNTUK ANDA

 

Menerusi jualan Agro Rahmah tersebut, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai jenis barang keperluan seperti sayur, ayam, telur serta buah-buahan pada harga berpatutan.

 

Dalam pada itu, Anwar turut mengumumkan kadar sewa tapak bazar Ramadan di Presint 3 itu dikurangkan kepada RM850, berbanding RM1,000 sebelum ini.

 

" Oleh kerna mendapat sambutan yang baik ini memberikan peluang kepada mereka mendapat keuntungan lebih," katanya.


 

Sumber: Berita Harian

 

Post a Comment

0 Comments