Ticker

6/recent/ticker-posts

Pekebun Kecil Getah Bakal Dapat Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) April ini


Kerajaan memperuntukkan RM63.75 juta sebagai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) untuk pekebun kecil getah yang akan mula dibayar minggu depan.

 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata BKKA yang akan disalur menerusi RISDA mulai 17 April, adalah inisiatif tambahan menerusi pembentangan Belanjawan 2023 membabitkan 850,000 orang pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan.

 

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, BKKA akan memanfaatkan 318,642 pekebun kecil getah di seluruh negara dengan masing-masing menerima RM200 seorang.

 

"Bantuan ini bertujuan meringankan bebanan kewangan dan memberi keceriaan kepada golongan pekebun kecil getah bai memenuhi keperluan sempena sambutan Aidilfitri.

 

DISYORKAN UNTUK ANDA

 

"Secara umumnya, penerima BKKA adalah penerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022.

 

"Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima seperti yang didaftar dengan RISDA," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Ahmad Zahid berkata, BKKA disasar kepada pekebun kecil getah yang mempunyai keluasan kebun kurang 2.5 hektar dan pemohon boleh menyemak status bayaran melalui laman sesawang bmt.risda.gov.my.


Sumber: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments