Ticker

6/recent/ticker-posts

Pasangan Kekasih direman setelah video Tular di media sosial


Pasangan kekasih yang tular di media sosial kerana disyaki melakukan perbuatan jelik dalam kenderaan direman. Suspek lelaki berusia 22 tahun dan perempuan berusia 17 tahun itu direman dua hari oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam.

Pihak berkuasa juga diminta agar menyiasat perakam video yang mengambil video tersebut lalu menaik muat di media sosial, sehingga tersebar luas.


Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse, berkata ada maklumat menyatakan perakam video itu mendakwa sebagai anggota polis ketika kejadian.


"Kita dimaklumkan pihak yang merakam video terbabit menyamar sebagai anggota polis.

"Perakam dikatakan cuba meminta kad pengenalan daripada suspek dan didakwa mengugut suspek apabila enggan mengikut arahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA

 

"Suspek cuba melarikan diri tetapi dikejar oleh perakam sehingga tiba di Balai Polis Pasir Putih," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Wee Tse yang juga Naib Pengerusi PKR Johor, sedia memberi perkhidmatan guaman secara percuma kepada kedua-dua suspek.


"Saya dan seorang lagi peguam iaitu Tan Chia Wei akan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam esok untuk mendapatkan butiran lanjut berhubung kes berkenaan.


"Kami sudah berjumpa pasangan terbabit dan keluarga mereka jam 12 tengah hari tadi untuk memberi nasihat dan bantuan guaman pro-bono.


"Selepas mendengar keterangan suspek, saya berpandangan sabitan akan membawa impak negatif kepada mereka.


"Ia berikutan kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun manakala pesalah bawah 18 tahun akan dihantar ke sekolah pemulihan," katanya.


Wee Tse tidak menafikan perbuatan pasangan berkenaan kurang sesuai dari segi moral, namun hukuman penjara dilihat terlalu berat.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, dilaporkan berkata, kedua-dua suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara pihaknya melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.


Ditanya mengenai tindakan ke atas perakam video, beliau berkata tindakan susulan akan diambil.


Rakaman memaparkan kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan jelik dalam sebuah kereta tular di media sosial sejak semalam.

 

Sumber: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments