Ticker

6/recent/ticker-posts

Mengganggu Ketenteramanya, Seorang Lelaki Mengamuk Pecahkan Pintu Surau


Seorang lelaki datang membuat kecoh di surau flat di Sungai Chua, Kajang, gara-gara tidak puas hati kerana bunyi pembesar suara yang kuat telah mengganggu ketenteramannya.


Lelaki tersebut dilihat gagal mengawal kemarahan dan meninggikan suaranya sehingga berlaku pertengkaran di luar surau. Kemudian, lelaki tersebut cuba untuk melarikan diri namun kelihatan beberapa orang jemaah mengejarnya.

 

Dalam pada itu, turut kelihatan adalah kerosakkan pada pintu surau tersebut yang difahamkan pecah kerana perbuatan lelaki itu.

 

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisiten Komisioner Mohd Zaid Hassan menjelaskan bahawa pihaknya telah menerima satu laporan berhubung kes tersebut. Polis telah menahan seorang lelaki berusia 46 tahun bagi membantu siasatan dan dia telah dibebaskan dengan ikat jamin.

 

DISYORKAN UNTUK ANDA

 

Hasil siasatan, suspek yang tinggal tidak jauh dari surau berkenaan menyatakan tidak berpuas hati dengan bunyi pembesar suara surau yang kuat hingga mengganggunya.

 

Kedua-dua pihak memberikan kerjasama kepada polis berkaitan isu perselisihan faham berkenaan di mana saksi-saksi lain turut dipanggil memberikan keterangan termasuk menyebarkan video yang tular di media sosial berkaitan dengan kejadian ini.

 

Insiden tersebut disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana membinasakan rumah ibadat dengan niat mengaibkan mana-mana agama.

 

 

Sumber: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments