Ticker

6/recent/ticker-posts

Kadar Khas Bayaran Saman RM50 selama sebulan Bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei ini bagi semua saman trafik PDRM yang dikeluarkan pada tahun 2022 dan sebelumnya.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50 dan kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada 2023.

 

"Walaupun begitu, PDRM komited untuk terus memastikan keselamatan jalan raya pada tahap yang optimum terutamanya pada musim perayaan.

 

DISYORKAN UNTUK ANDA

 

"Maka, bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya sempena Aidilfitri ini, PDRM akan melaksanakan Op Lancar pada 18 dan 19 April ini dengan memfokuskan kepada laluan yang dijangka mengalami kesesakan.

 

"Selanjutnya, Op Selamat 20 pula akan dilaksanakan bermula 20 April ini bagi tempoh tujuh hari dengan tema 'Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi'.

 

"Bagi tujuan ini, PDRM juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain termasuk RELA dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk memastikan laluan-laluan 'hotspots' seperti susur masuk dan keluar di plaza tol misalnya, tidak mengalami kesesakan lalu lintas," katanya pada sidang media hari ini.


 

Sumber: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments