Ticker

6/recent/ticker-posts

Guna Garam untuk Hapus Bukti, Istri Bunuh Suami Sendiri agar dapat Bersama Kekasih Baru

Gambar sekadar hiasan 

Karena ingin hidup bersama kekasih barunya seorang wanita sanggup berkomplot dengan kekasihnya itu untuk membunuh mangsa iaitu suaminya sendiri.

 

Kejadian yang berlaku di Purulia, Bengal Barat India itu menyaksikan wanita tersebut bersama kekasihnya membunuh mangsa menggunakan senjata tajam, lalu menuang garam ke atas badan mangsa untuk menguraikan tubuhnya supaya bukti dapat dihapuskan sebelum mereka menanam mayat mangsa.


DISYORKAN UNTUK ANDA

 

Walau bagaimanapun, pembunuhan itu akhirnya diketahui oleh anak lelaki mangsa yang telah menemui mayat bapanya dan segera membuat laporan polis.

 

Pihak polis kemudian membongkar kes tersebut dengan menangkap wanita itu yang akhirnya mengaku telah membunuh suaminya setelah hubungan sulitnya diketahui.

 

Selepas insiden pembunuhan itu, kekasih wanita berkenaan lari bersembunyi sambil menunggu kes tersebut reda namun pihak polis berjaya mengesan keberadaannya lalu dia juga diberkas sebagai suspek kedua.

 

Kekasih wanita itu kemudian dihadapkan ke mahkamah dan direman polis selama lima hari.


 

Sumber: India Today

 

 

 

Post a Comment

0 Comments