Kerajaan bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Perdana Menteri,
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira
pengumuman rasmi tarikh 1 Syawal yang hanya akan dibuat pada Khamis, 20 April
2023.
"Sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat, 21 April 2023, maka Kerajaan menetapkan hari Isnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan.
"Ia adalah
berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
"Walau
bagaimanapun, sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Sabtu, 22 April 2023,
maka Kerajaan menetapkan hari Jumaat, 21 April 2023 sebagai hari kelepasan am
tambahan," katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA
BANTUAN
KHAS KEWANGAN AIDILFITRI RM200
PENGELUARAN
KWSP RM30,000 SEHINGGA RM50,000 DIBENARKAN
TERKINI:PM
ANWAR UMUM TUJUH RINGKASAN INTIPATI SEMPENA AIDILFITRI
Tambah beliau, Bagi
Sabah dan Sarawak pula, kerajaan negeri boleh mengisytiharkan hari kelepasan am
pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.
Beliau berkata
demikian pada sidang media khas di Pejabat Perdana Menteri pada Selasa.
Turut hadir,
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub
dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Sumber: Awani
0 Comments
Terima kasih