Ticker

6/recent/ticker-posts

Terkini: Penerima STR diminta untuk kemaskini Maklumat terkini sebelum 31 Mac ini


Dapatkan info terkini bantuan di Telegram Rasmi: https://t.me/beritakiniviral

Kementerian Kewangan meminta individu yang layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) agar membuat permohonan segera manakala penerima sedia ada perlu mengemas kini data mereka, sebelum 31 Mac ini.

Pendaftaran dan kemas kini data ini diperlukan susulan pembayaran STR bagi fasa dua akan diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau sekurang-kurangnya awal April, sebelum sambutan Aidilfitri.

Hal ini bagi memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerja dapat mengemukakan permohonan selain membolehkan penerima sedia ada mengemas kini sebarang perubahan maklumat masing-masing.

READ THIS:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga ingin supaya pembayaran STR bagi fasa dua diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau sekurang-kurangnya awal April, sebelum sambutan Aidilfitri.

Pembayaran STR ini akan dibuat secara berperingkat dan fasa tiga dijangka akan dibayar pada Julai manakala fasa empat pada November.

 Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan berjumlah RM600 kepada isi rumah miskin tegar yang wujud dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

Sumbangan tambahan ini akan diberikan dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.


Post a Comment

0 Comments