Dapatkan info bantuan terkini di Telegram Rasmi: https://t.me/beritakiniviral
Berita gembira buat semua penjawat awam,
kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak
RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak
selain RM350 juga akan disalurkan kepada pesara Kerajaan.
Untuk makluman, Bantuan Khas Kewangan
Aidilfitri bagi tahun 2023 ini dinaikkan kepada RM700 berbanding RM500 pada
tahun 2022. Dijangkakan bayaran akan dibuat pada bulan April 2023.
Bantuan ini khusus untuk penjawat awam
Gred 56 ke bawah termasuk kakitangan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan
di bawah MySTEP.
Menurut Menteri Kewangan, pemberian ini
adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas
tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara
mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700
Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri
Penjawat Awam adalah bantuan hari Raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan
penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.
Pengumuman pemberian Bantuan Khas
Kewangan Aidil Fitri adalah salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam
membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari
Raya.
READ
THIS:
- BANTUAN LESEN PERCUMA UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA
- TARIKH DAN JUMLAH PEMBAYARAN STR FASA 2
- CARA CLAIM BANTUAN E-WALLET RM200
Tarikh Bayaran
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada bulan April 2023.
Jumlah Bayaran
- Penjawat awam – Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract of Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MyStep : RM700
- Pesara Kerajaan – RM350
Maklumat Lanjut
Maklumat lengkap berkenaan Belanjawan 2023, ia boleh dirujuk secara teliti di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI. atau anda boleh rujuk intipati bajet 2023.
0 Comments
Terima kasih