Seorang wanita warga emas berusia 83 tahun maut manakala suaminya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat mengalami keracunan selepas menikmati hidangan ikan buntal, di Kluang, tengah hari Sabtu lalu.
Pengerusi
Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon, berkata suami
wanita itu dirawat di ICU Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK), Kluang.
Katanya, terdahulu Jabatan Kesihatan Negeri Johor menerima laporan keracunan makanan yang menyebabkan kematian.
"Ia melibatkan
sepasang suami isteri yang tinggal di Jalan Sin Tiam Chamek, Kluang yang
mendapatkan bekalan ikan buntal dari penjual secara dalam talian melalui
Facebook.
"Bekalan
diterima pada 25 Mac lalu (Sabtu) pada waktu pagi. Selepas itu ikan berkenaan
dibersihkan dan digoreng untuk dibuat makan tengah hari bersama sayur dan
daging khinzir.
"Dalam jam 3
petang, wanita berkenaan mula menunjukkan gejala sesak nafas dan menggigil.
Kira-kira sejam kemudian, suaminya turut mengalami gejala sama," katanya
dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Tian Soon,
pasangan tersebut kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan HEBHK Kluang jam 5
petang oleh anak mereka yang tinggal berasingan.
"Walau
bagaimanapun wanita itu telah meninggal dunia pada jam 7 petang, manakala
suaminya masih lagi menerima rawatan di ICU.
Baca Juga:
Seorang
peniaga sembunyikan nasi bungkus dan lauk di mesin basuh untuk di jual
Imam
diserang oleh seorang lelaki secara tiba-tiba ketika sedang solat di Masjid
Bantuan
Awal Ramadan RM500 one-off dikreditkan mulai hari ini~semak sekarang
"Difahamkan
ini adalah kali pertama pasangan ini makan masakan berasaskan ikan
buntal," katanya.
Jelas Tian Soon,
siasatan lanjut mendapati ikan buntal segar itu diperolehi dari nelayan di
Endau sebelum diambil oleh pemborong untuk diproses di Batu Pahat.
Katanya, penjual
yang mengedarkan ikan buntal itu berasal dari Batu Pahat, membuat edaran kepada
pelanggan berdasarkan tempahan yang dibuat melalui Facebook.
"Sebanyak 15
kilogram ikan buntal telah dijual di sekitar Chamek (empat pelanggan), Paloh
(empat pelanggan) dan Yong Peng (satu pelanggan) pada hari tersebut. Selain
pasangan terbabit, kesemua pelanggan belum makan ikan berkenaan.
"Pejabat
Kesihatan Daerah Kluang dan Batu Pahat telah mengambil sampel ikan buntal
daripada semua pembeli itu. Sampel ini telah dihantar ke makmal untuk tujuan
analisis. Sehingga kini tiada lagi laporan kes baharu berkaitan ikan buntal.
"Saya ingin
mengingatkan masyarakat untuk sentiasa berhati-hati di dalam memilih makanan
terutama jika ia mempunyai risiko yang telah diketahui," katanya.
0 Comments
Terima kasih