Ticker

6/recent/ticker-posts

Isteri Maut selepas suami sendiri melepaskan lebih dari 5 das tembakan pada jarak dekat di Muka


Seorang suri rumah maut selepas ditembak oleh suaminya yang juga anggota polis berpangkat lans koperal di Simpang Empat di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, kejadian berlaku kira-kira 6 pagi di dalam bilik di kediaman pasangan terbabit di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Jalan Kangar-Alor Setar.

Beliau juga berkata bahawa tembakan itu dipercayai dilepaskan kira-kira jam 7 pagi tadi mengakibatkan mangsa mati serta-merta.

Katanya, tembakan itu juga menyebabkan bapa dan ibu mentua, anak saudara suspek yang turut mendiami kediaman itu bertempiaran lari meninggalkan rumah.

 

"Bapa mentua suspek kemudian menelefon abang ipar suspek untuk memaklumkan kejadian sebelum menghubungi polis.

"Polis yang dimaklumkan berhubung kejadian itu pada 7.26 pagi kemudian bertindak pergi ke rumah mangsa dan didapati suspek masih berada dalam rumah.

"Cubaan untuk meminta suspek menyerah diri bagaimanapun gagal apabila suspek hanya mendiamkan diri dalam rumah berkenaan dan apabila polis berjaya memasuki rumah berkenaan, didapati suspek hanya duduk mendiamkan diri di samping pistol masih lagi berada dalam tangannya," katanya.

Yusharifuddin berkata, suspek ditahan dan mayat isterinya pula ditemui dalam keadaan mengiring di atas katil di bilik berkenaan.

"Beberapa kelongsong peluru turut ditemui di lantai berhampiran katil dimana mayat mangsa ditemui.

“Suspek melepaskan beberapa das tembakan namun hanya satu tembakan mengenai bawah mata kiri menyebabkan mangsa maut.

“Suspek berusia 27 tahun berpangkat Lans Koperal bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis telah ditahan dan akan mendapatkan reman esok (Isnin),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusharifuddin berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Bagaimanapun jelas Yusharifuddin polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui motif kejadian.


Sumber: Awani

 

Post a Comment

0 Comments