Ticker

6/recent/ticker-posts

Seorang lelaki serang Imam ketika solat di dalam masjid

Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dipercayai kurang siuman telah ditahan polis selepas menyerang imam ketika solat Subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kejadian jam 6.18 pagi itu, suspek berpakaian baju Melayu ungu dan berkain pelekat serta berseluar hitam itu dikatakan menyerang mangsa dari belakang secara tiba-tiba.

Read This:

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mangsa, Ilhan Muhammad Irham, adalah pelajar Maahad Tahfiz Thurath yang menjadi imam jemputan untuk solat Subuh sempena Program Khatam Subuh 2.0 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan

"Ketika solat memasuki rakaat kedua dengan anggaran 80 jemaah, kedengaran suara lelaki menjerit dari arah pintu masjid.

"Kira-kira seminit selepas itu ketika imam masih membaca surah, seorang lelaki dipercayai kurang siuman meluru menolak jemaah dari belakang dan terus menuju ke imam sambil cuba memukul imam dengan selipar.

"Mangsa terus mengelak, sekali gus menyebabkan solat dihentikan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Beliau berkata, pihak keselamatan masjid dan jemaah terus menghalang lelaki itu serta menahannya sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


Sumber: Berita Harian


Post a Comment

0 Comments