Ticker

6/recent/ticker-posts

Senarai Penerima Bantuan KWSP RM500~ Semak Sekarang

Dalam pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu. Pelbagai jenis bantuan khas kewangan telahpun diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebagai usaha agar dapat membantu mereka yang memerlukan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.


Bantuan yang diperkenalkan itu termasuklah berbentuk kewangan kepada para ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berkelayakan. Berikut adalah maklumat lanjut bantuan KWSP RM500 bagi yang layak:


Bantuan KWSP RM500

Ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan RM500 kepada para pencarum KWSP yang layak.


Bantuan itu nanti akan disalurkan kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang daripada RM10,000.


“Kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang 10 ribu ringgit, Kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 mereka sebanyak RM500,” kata Perdana Menteri.


Program itu akan memberikan manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir RM1 billion.


Pada masa yang sama, Kerajaan berharap Rakyat yang mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi akan terus menyumbang supaya semua lapisan pencarum mendapat manfaat.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/beritakiniviral

MOHON SEKARANG:

Cara Memohon

Berdasarkan ucapan Perdana Menteri itu, pelaksanaan program ini berkemungkinan tidak melibatkan sebarang permohonan dan akan dikreditkan secara automatik kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan.


Maklumat lanjut berkenaannya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Maklumat lengkap berkenaan Belanjawan 2023, ia boleh dirujuk secara teliti di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.


 

Post a Comment

0 Comments