Ticker

6/recent/ticker-posts

Reaksi Farid Kamil selepas Diana Danielle Failkan Permohonan Cerai di Mahkamah


Farid Kamil suami Diana Danielle, memberi reaksi ringkas "Biar mahkamah yang tentukan apa." ketika ditanya mengenai tindakan isterinya yang memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini, pada Isnin.

Biarpun berdepan konflik rumah tangga, pelakon filem Anwar: The Untold Story itu memaklumkan fokusnya adalah mencari nafkah.

READ THIS:

Farid Kamil berharap isu rumah tangganya dapat diselesaikan dengan jalan perdamaian kerena dia enggan melafazkan talak disebabkan masih sayangkan isteri serta kedua cahaya mata mereka iaitu Muhammad dan Aurora.

Dalam pada itu, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari turut menafikan wujud krisis antaranya dan Diana hingga membawa keretakan dalam hubungan mereka.

Pasangan ini juga turut dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung.

Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan pelakon itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan permohonan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.

Diana atau nama penunya, Diana Danielle Danny Beeson, mendirikan rumah tangga dengan Farid pada 2012 dan dikurniakan cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.


Sumber: Awani

 

Post a Comment

0 Comments