Tarikh bayaran fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah diumumkan oleh pihak kerajaan, pembayaran akan diagihkan pada bulan April selewat-lewatnya selesai sebelum hari raya. Untuk sedia maklum fasa kali ini akan melibatkan kategori bujang, warga emas dan isi rumah.
SUMBANGAN
TUNAI RAHMAH 2023
Untuk makluman, pemberian bantuan
sumbangan tunai rahmah ini adalah merupakan inisiatif berbentuk bantuan
kewangan yang baru diperkenalkan pada tahun ini. Pembayaran bantuan khas ini
akan diberikan secara berperingkat melalui (4) fasa.
Kategori yang terlibat adalah
bujang, isi rumah serta warga emas. Manakala bagi kadar jumlah bantuan pula,
ianya diberikan pada kadar berbeza bergantung kelayakan penerima. Seperti sedia
maklum, pembayaran STR fasa 1 telah selesai disalurkan pada 17 Januari lalu.
Kini proses untuk pengkreditkan
fasa seterusnya telah dijalankan, kepada penerima sedia ada akan menerima kadar
bayaran STR fasa 2 nanti diantara RM100 – RM200 bergantung kategori.
Baca
Juga:
- Senarai Penerima Bantuan KWSP RM500~semak sekarang
- Bantuan Awal Ramadan RM500 One-off dikreditkan mulai hari ini
- Pengurangan Kadar Kompaun Saman sehingga 60% sah sehingga 31 Mac ini
TARIKH
BAYARAN FASA 2
Untuk pengetahuan umum, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan bahawa pembayaran STR fasa 2 secara kredit terus dan tebus tunai di cawangan BSN. Pembayaran akan dipercepatkan pada awal atau pertengahan April 2023.
Ini adalah merupakan berita
gembira khususnya untuk golongan yang benar-benar memerlukan. Tarikh bayaran
fasa 2 STR adalah dalam jangkaan akan bermula pada 5 – 15 April 2023. Yang pasti bayaran akan selesai disalurkan
sebelum raya aidilfitri iaitu 22 April.
JUMLAH
BAYARAN KESELURUHAN STR
Untuk sedia maklum, jumlah
bayaran bantuan STR adalah berbeza-beza bergantung kategori kelayakan seperti
dibawah :
KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH)
RM1,000 sehingga RM2,500 (Jumlah
bantuan bergantung bilangan tanggungan anak)
ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000)
RM500 sehingga RM1,250 (Jumlah
bantuan bergantung bilangan tanggungan anak)
BUJANG
RM350
WARGA EMAS (TIADA PASANGAN)
RM600
BANTUAN
TAMBAHAN
Bantuan tambahan bernilai RM600
ditawarkan kepada golongan keluarga miskin tegar. Pemberian bantuan tambahan
berbentuk baucar makanan asas dan bakul makanan
CARA
KEMASKINI STATUS & PERMOHONAN
Tempoh permohonan dan
pengemaskinian adalah bermula pada 1 Mac hingga 31 Mac 2023.
Berikut dikongsikan cara-cara
mudah untuk membuat kemaskini status STR:
Pergi ke
laman rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Log masuk MySTR
- Tekan butang Kemas Kini Permohonan
- Isi & kemaskini maklumat peribadi anda
- Tekan Teruskan
- Sahkan CAPTCHA
- Sila Tick pada Perakuan Pemohon
- Tekan Hantar
SOALAN LAZIM & PANDUAN PENGGUNA
0 Comments
Terima kasih