Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengurangan kadar kompaun saman sehingga 60%


 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pengurangan kadar kompaun dan saman sehingga 60 peratus sempena Hari Polis Ke-216.

PDRM menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan tawaran itu diberikan bermula hari ini sehingga 31 Mac.

"Tawaran pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian sehingga 60 peratus tertakluk kepada saman terpilih melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara.

"Pengurangan kompaun tidak ditawarkan bagi kesalahan termasuk kemalangan, bicara mahkamah, waran, kenderaan berat, memotong secara bahaya, menggunakan lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat, pengubahsuaian ekzos dan saman Op Selamat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Gunung Merapi Meletus Mengeluarkan Lava sejauh 1.5 km, penduduk diminta berwaspada

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diminta Kemaskini Maklumat sebelum 31 Mac ini  

Orang ramai yang mahu membuat bayaran boleh mendaftar MyBayar Saman dan tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi portal https://mybayar.rmp.gov.my


 


Post a Comment

0 Comments