Ticker

6/recent/ticker-posts

Harga Runcit Petrol RON97 dan RON95 serta Diesel akan kekal 30 Mac sehingga 5 April 2023


Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 30 Mac hingga 5 April.


Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).


‘’Hal ini bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak dunia di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, Walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk berkenaan telah melebihi harga siling yang ditetapkan," menurut kenyataan itu.

Baca Juga:

Seorang peniaga sembunyikan nasi bungkus dan lauk di mesin basuh untuk di jual

Imam diserang oleh seorang lelaki secara tiba-tiba ketika sedang solat di Masjid

Bantuan Awal Ramadan RM500 one-off dikreditkan mulai hari ini~semak sekarang

 

Dalam Kenyataan itu juga memaklumkan bahwa kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

 

Sumber: Bernama

Post a Comment

0 Comments