Ticker

6/recent/ticker-posts

Gunung Merapi Meletus mengalirkan Lava Sejauh 1.5 km, Penduduk diminta berwaspada



Salah satu Gunung Merapi yang paling aktif di Indonesia meletus pada Sabtu, telah memuntahkan asap dan abu tebal sehingga menyelubungi beberapa kawasan perkampungan di lokasi yang berhampiran kawah tersebut.

Gunung berapi yang terletak di wilayah khas Yogyakarta itu meletus sekitar tengah hari waktu tempatan dan mengalirkan lava sejauh 1.5 kilometer, kata pihak berkuasa tempatan.

Namun begitu, tiada laporan segera mengenai mangsa dan kematian, kata agensi mitigasi bencana Indonesia.

Read this:

Penduduk di komuniti berhampiran telah diberi amaran untuk menghentikan sebarang aktiviti di zon bahaya, di antara 3km dan 7km radius dari kawah.  

Gunung Merapi setinggi 2.963 meter itu adalah antara gunung berapi paling aktif di Indonesia dan diletakkan pada tahap berjaga-jaga peringkat kedua tertinggi.

Pegawai di pos pemantauan tempatan, Yulianto berkata belum ada penduduk diarah berpindah setakat ini.

"Ini hanya diperhatikan sekali sahaja, lima ke enam runtuhan.

"Jika lahar terus meningkat dan mengalir lebih 7km, berkemungkinan penduduk akan disyorkan berpindah," katanya.

Kali terakhir Gunung Merapi meletus adalah pada 2010, menyebabkan lebih 350 nyawa terkorban.


Sumber: Awani

 

 




Post a Comment

0 Comments