Ticker

6/recent/ticker-posts

Bantuan Awal Ramadan RM500 One-off dikreditkan Mulai Hari ini~Semak sekarang


Bantuan Awal Ramadan yang berjumlah RM500 akan disalurkan mulai hari ini 27 Mac 2023 / 5 Ramadhan 1444H secara berperingkat. Bantuan ini akan dibayar secara sekali sahaja (One-Off) kepada semua penerima.

Tujuan bantuan ini disalurkan adalah untuk membantu meringankan beban golongan asnaf bagi menyambut kedatangan bulan mulia Ramadhan al-Mubarak tahun ini.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan ini.

JUMLAH BANTUAN AWAL RAMADAN

Untuk makluman semua, jumlah Bantuan Awal Ramadan yang akan diterima adalah sebanyak:

  • RM500 sahaja secara one-off

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AWAL RAMADAN

Syarat dan kriteria permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Beragama islam
  • Warganegara Malaysia
  • Mesti bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah

SEMAK SEKARANG:

CARA PERMOHONAN

Bagi mereka yang ingin memohon bantuan ini boleh datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP berhampiran dengan tempat tinggal anda atau boleh terus melayari laman web https://www.maiwp.gov.my/ untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan permohonan bantuan dan muat turun permohonan borang yang disediakan.

Ikuti Telegram Rasmi: https://t.me/beritakiniviral

Semoga bantuan yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan dalam menyambut bulan yang mulia ini.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut dan sebarang pertanyaaan tentang bantuan ini, anda boleh terus merujuk https://www.maiwp.gov.my/



 


Post a Comment

0 Comments