Ticker

6/recent/ticker-posts

TERKINI: Senarai Intipati Belanjawan dan Bajet 2023


Belanjawan 2023 telahpun dibentangkan semula pada 24 Februari 2023 di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri Malaysia. Berikut adalah ringkasan intipati kandungan Bajet 2023 belanjawan Malaysia yang dikemaskini sebaik sahaja pembentangan dijalankan secara langsung:

Intipati Kandungan Bajet Tahun 2023

Dalam usaha kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada diperingkat persekutuan mahupun negeri.

Salah satunya adalah melalui pembentangan RUU Kumpulan Wang Disatukan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membenarkan perbelanjaan dikeluarkan untuk khidmat kerajaan bagi sebahagian 2023.

Melalui RUU ini, peruntukan khas lebih RM107 Bilion telah diluluskan bagi mengumumkan beberapa bantuan yang akan dilaksanakan pada awal tahun 2023. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tersebut.

Ringkasan Tema Dan Peruntukan Bajet Belanjawan Madani 2023

Tema

Membangun Malaysia Madani

Peruntukan Bajet

2023: RM388.1 bilion (berbanding RM372.3 bilion yang diumumkan pada Oktober 2022)

2022: RM332.1 bilion

Matlamat Induk Belanjawan 2023

3R (Responsive, Responsible, Reformist)

  • Responsif kepada sebarang cabaran dan melalui bantuan yang komprehensif kepada Keluarga Malaysia
  • Bertanggunjawab membina daya tahan negara bagi menangani krisis yang mendatang
  • Reformis yang mengambil peluang merubah lanskap pembangunan negara agar inklusif dan mampan

Perincian Peruntukan bajet 2023

Belanja Mengurus Operasi: 272.3 bilion

Belanja Pembangunan: 95 bilion

Dana Covid: 5 bilion

Simpanan Luar Jangka: 2 bilion 

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Ditambah Baik

Kategori baru diperkenalkan bagi isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM 2,500 layak untuk mendapat BKM sebanyak:

  • RM2,500: Menanggung 5 orang anak atau lebih
  • RM1,000 – 2,000: Menanggung 1-4 orang anak

Bagi isi rumah yang berpendapatan RM2,500 – RM5,000 pula layak untuk mendapat BKM sebanyak RM500 – RM1,250 bergantung kepada bilangan tanggunan anak

Golongan bujang dan warga emas tanpa pasangan akan terus mendapat bantuan seperti tahun sebelum ini Tambahan bantuan RM500 kepada ibu bapa tunggal pada tahun 2023

Kredit e-Wallet e-Pemula

  • M40: 8 juta individu M40 yang berpendapatan bawah RM100,000 layak untuk menerima kredit e-Wallet sebanyak RM100
  • Belia: Sebanyak RM200 kredit e-Wallet akan diberikan kepada belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas secara one-off.

Subsidi Elektrik

  • Pemberian subsidi bil elektrik kepada isi rumah miskin tegar berjumlah sehingga RM40 akan diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan RM1,169 ke bawah berbanding syarat sebelum ini yang hanya terhad kepada isi rumah berpendapatan RM980 ke bawah

Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia

  • Ibu daripada isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak pada tahun 2023 akan diberikan bantuan tunai one-off sebanyak RM500

Bonus Aidilfitri Penjawat Awam

  • Penjawat awam akan menerima bantuan khas kewangan Aidilfitri 2023 sebanyak RM600

Pelepasan Cukai Bagi Yuran Tadika Dan Taska

  • Sebanyak RM3,000 pelepasan cukai akan diberikan ke atas bayaran taska/tadika sehingga tahun taksiran 2024

Pengurangan Kadar Cukai Pendapatan Individu

Kadar income tax individu akan dikurangkan sebanyak 2%. Berikut merupakan maklumat lanjut:

  • Pendapatan bercukai RM50,001 – RM70,000, turun daripada 13% kepada 11%
  • Pendapatan bercukai RM70,001 – RM100,000, turun daripada 21% kepada 19%

Had Amanah Saham Bumiputera (ASB) Dan Pinjaman Mudah ASB di BSN

  • Jumlah pegangan maksimum di ASB dan ASB2 ditingkatkan kepada 300,000 unit (RM300,000) berbanding 200,000 unit sebelum ini
  • Selain itu, golongan B40 bumiputera juga layak untuk memohon pinjaman mudah BSN untuk melabur di ASB pada kadar 1.5%

Pengecualian Cukai Untuk Wanita

  • Pendapatan yang diterima pada tahun 2023 sehingga 2028 akan diberikan pengecualian bagi menggalakkan golongan wanita kembali bekerja setelah career break

Had Amanah Saham Bumiputera (ASB) Dan Pinjaman Mudah ASB di BSN

  • Jumlah pegangan maksimum di ASB dan ASB2 ditingkatkan kepada 300,000 unit (RM300,000) berbanding 200,000 unit sebelum ini
  • Selain itu, golongan B40 bumiputera juga layak untuk memohon pinjaman mudah BSN untuk melabur di ASB pada kadar 1.5%

Pengecualian Bayaran PTPTN

  • Peminjam PTPTN yang berjaya mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama akan diberikan pengecualian dari membayar balik bayaran pinjaman PTPTN

Orang Kurang Upaya

Pengecualian bayaran pendafaftaran dan pembahuruan sijil perniagaan SSM di bawah Skim 1 OKU 1 Perniagaan

  • OKU akan mendapat baucar perjalanan yang akan diberikan melalui perkhidmatan e-hailing
  • Penubuhan 50 buah taska OKU baharu bagi memudahkan ibu bapa menghantar anak-anak OKU ke tempat asuhan selamat

Pas My50

  • Bagi pengguna pengangkutan awam sekitar Lembah Klang, pas My50 akan diteruskan bagi tahun 2023.

Bantuan Awal Persekolahan

  • Setiap murid akan menerima bantuan awal persekolahan yang ditambah berbanding tahun sebelum sebanyak RM150 tanpa mengira had pendapatan ibu bapa

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

  • Penambahbaikan RMT dengan kenaikan kadar makanan bermasak daripada RM2.50 kepada 3.50 di Semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak kenaikan daripada RM3 kepada RM4 berkuatkasa serta merta

Bantuan Musim Tengkujuh

  • Pekebun kecil getah akan menerima kenaikan BMT sebanyak RM200 menjadikan jumlah bantuan yang akan diterima pada tahun 2023 kepada RM800

Pengenalan Semula Bantuan Pesawah

  • Bantuan sebanyak RM200 sebulan akan diberikan kepada pesawah untuk tiga bulan atau satu musim penuaian

Geran One-Off RM1,000 PMKS

  • Sejumlah RM1,000 geran akan diberikan kepada perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS) berdaftar dan pemandu teksi berdaftar yang layak

Skim Pembiayaan Agrofood BNM

  • Sebanyak RM 1 Bilion dana diperuntukkan bagi membantu PKS meningkat jumlah pengeluaran agro makanan melalui Skim Pembiayaan Agrofood pada kadar 3.5% 19.
  • Pengurangan Kadar Cukai Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS)
  • Kadar income tax PMKS dikurangkan sebanyak 2% daripada 17% kepada 15% bagi RM100,000 pertama

Subsidi, Bantuan Dan Insentif

  • RM55 bilion diperuntukkan dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat

Insentif Penggajian PERKESO

  • Sebanyak RM600 – RM750 sebulan selama tiga bulan diperuntukkan bagi golongan rentan

Program MyWIRA

  • Pemegang kad veteran ATM dan kad pesara Polis akan menikmati diskaun sebanyak 50% ke atas pengangkutan awam di bawah kendalian PRASARANA

Bajet Tahun 2023. Untuk pengetahuan anda, maklumat bagi bagi tahun 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

 

Sumber: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments