Ticker

6/recent/ticker-posts

TERKINI: BANTUAN TAMBAHAN AM RM350 SEBULAN UNTUK KELUARGA MALAYSIA


Bantuan Tambahan Am RM350 sebulan adalah merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Demi memastikan kesejahteraan rakyat terutama untuk golongan ya kurang bernasib baik, pelbagai bantuan telah disediakan oleh pihak JKM setiap tahun.

INISIATIF BANTUAN TAMBAHAN AM PERSEKUTUAN

Program bantuan am RM350 ini diberikan kepada individu dan keluarga yang kurang berkemampuan bagi membantu keperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti masyarakat.

Bantuan Am persekutuan ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum dan masih releven sehingga tahun ini. Bayaran bantuan diberikan secara bulanan kepada mereka yang layak.

KADAR BANTUAN TAMBAHAN AM

Untuk makluman, kadar bayaran bantuan am persekutuan telah ditetapkan iaitu minimum RM100 dan maksimum sehingga RM350 dan pembayaran diberikan secara bulanan.

BACA JUGA

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) RM800

PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0 DILAKUKAN SECARA BERSASAR

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Berikut telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan am RM350 sebulan ini seperti dibawah:

  • Pemohon merupakan Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK) atau purata miskin per kapita semasa
  • Bermastautin di wilayah persekutuan
  • Individu atau keluarga yang memerlukan yang tidak diliputi di bawah mana-mana sikim bantuan bulanan JKM lain sebelum ini.

PANDUAN MOHON

Bagi yang menepati syarat kelayakan dan memerlukan bantuan, permohonan boleh dibuat bagi mendapatkan bantuan am RM350 ini. Sila layari portal rasmi bantuan AM JKM – DI SINI

Untuk makluman, bagi memudahkan proses semakan permohonan. Para pemohon perlu sediakan dokumen-dokumen penting seperti berikut:

  • Sediakan salinan kad pengenalan pemohon
  • Sertakan sekali salinan kad pengenalan pasangan suami isteri dan ahli keluarga yang tinggal sebumbung
  • Salian sijil kelahiran anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji jika ada
  • Sertakan lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.

Permohonan bantuan boleh dikemukan di mana-mana Pejabat kebajikan masyarakat daerah / bahagian / jajahan di seluruh Malaysia.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di talian 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran.


Post a Comment

0 Comments