Untuk makluman program bantuan e-wallet ini telah lama diperkenalkan dan masih relevan diteruskan sehingga sekarang. Ini adalah salah satu tanda keprihatinan kerajaan kepada rakyat Malaysia.
e-PEMULA 2023
e-Pemula
2023 adalah sebuah bantuan kerajaan yang diberikan secara kredit sahaja dan
tidak boleh ditukar kepada tunai ringgit. Pelaksanaan bantuan ini bukanlah satu
benda yang asing kerana telah diberikan sejak tahun 2021 lagi.
Tujuan
utama pemberian bantuan secara kredit ini adalah untuk mendorong rakyat untuk
melakukan pembelian secara kredit kerana ia lebih mudah dan selamat.
Baca
Juga:
- Permohonan Bantuan RM480 untuk Suri Rumah~mohon sekarang
- Bayaran Fasa Kedua BMT RM300 akan Dikreditkan Februari ini
JUMLAH BANTUAN E-WALLET 2023
Pemberian
bantuan e-Wallet kredit ini bagi tahun 2021 dan 2022 adalah berjumlah RM 150.
Tetapi berita baik kepada rakyat, jumlah bantuan ini telah dinaikkan kepada RM
200 seorang bermula tahun ini.
Sebelum
ini, kategori belia M40 tidak terima bantuan e-Wallet ini. Tetapi bagi tahun
ini golongan tersebut tidak dipinggirkan lagi dan akan terima bantuan RM 100.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E-WALLET
Ini
adalah syarat kelayakan bagi e-Pemula 2023 yang dinyatakan:
- Diberikan kepada golongan belia dan bujang berumur 18 hingga 20 tahun
- Turut diberikan kepada setiap mahasiswa dan mahasiswa warganegara Malaysia yang menyambung pelajar di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi PengajianTinggi Swasta (IPTS)
- Golongan di atas akan terima bantuan RM 200
Manakala
untuk kategori M40 pula adalah seperti berikut:
- Diberikan kepada belia M40 dengan jumlah pendapatan kurang daripada RM 100 ribu setahun
- Golongan ini terima bantuan RM 200
CARA UNTUK MELAKUKAN PENEBUSAN
Cara
penebusan bantuan adalah sama seperti tahun 2021 dan 2022 lepas, anda perlu
memuat turun satu daripada empat aplikasi di bawah
- ShopeePay
- BigPay
- Touch N Go eWallet
- GrabPay
Sila
sahkan butiran anda dengan memuat naik butiran Kad Pengenalan yang sah.
TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS INI
Tarikh
bayaran bagi bantuan khas ini belum diumumkan setakat ini. Dijangkakan
pengumuman bayaran bakal dilaksanakan pada pertengahan tahun ini.
MAKLUMAT LANJUT
Selain daripada bantuan e-wallet ini, terdapat
pelbagai jenis bantuan yang telah dilaksanakan pada tahun ini. Sila layari
laman rasmi Bajet 2023 –
0 Comments
Terima kasih