Ticker

6/recent/ticker-posts

Belanjawan 2023: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Sehingga RM3,100 Untuk B40


Isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak terima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Belanjawan 2023 juga mengumumkan bahawa kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta kepada dua juta orang belia 18 hingga 20 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.

“Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka. Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.

Read This:

 “Secara keseluruhan, STR akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion,” katanya. 


 

Sumber: UTUSAN

 

Post a Comment

0 Comments