Tahukah anda selain daripada pengumuman bantuan STR, Kerajaan juga telah
mengumumkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) juga akan bakal dilaksanakan di bulan Februari ini.
Setiap kelayakan, individu tersebut akan menerima bayaran sebanyak RM300
bulan ini. Untuk makluman anda semua, bayaran BMT ini akan melalui 3 fasa
bayaran. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai BMT:
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) membabitkan peruntukan sebanyak RM9.7 juta
bagi manfaat sejumlah 12,138 peneroka tanaman getah di seluruh negara, akan
dibayar dalam tiga fasa bermula bulan ini hingga Mac depan.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik
Ahmad, berkata bayaran sebanyak RM800 akan dibuat secara terus ke dalam akaun
bank peneroka berkenaan, membabitkan masing-masing RM300 dalam Fasa 1 (Januari)
dan Fasa 2 (Februari) serta baki RM200 dalam Fasa 3 (Mac).
Baca Juga:
PENGELUARAN
KHAS KWSP 2.0 DILAKUKAN SECARA BERSASAR
TERKINI:
BANTUAN TAMBAHAN AM RM350 SEBULAN UNTUK KELUARGA MALAYSIA
JUMLAH BAYARAN BMT FASA 2
Terdahulu, bayaran bagi Bantuan Musim Tengkujuh hanya sebanyak RM600
sahaja. Namun, atas dasar keprihatinan kerajaan, bantuan ini telah dinaik taraf
dan individu yang layak bakal terima RM800.
Pada bulan ini, bayaran bagi fasa kedua akan dikreditkan ke akaun
penerima yang layak sebanyak:
- RM300
TARIKH BAYARAN
Mengenai tarikh bayarannya pula, bayaran BMT fasa 2 akan dilaksanakan:
Fasa 2: RM300 (Februari)
SENARAI PENERIMA BANTUAN
Berikut adalah senarai penerima bantuan BMT RM800 ini:
Peneroka ladang getah
yang menghantar hasil ke pusat pengumpulan getah
FELDA;
- Mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah;
- Mereka yang dalam tempoh tanam semula bersama FELDA.
SEMAKAN PERMOHONAN BMT FASA 2
Kepada pemohon yang sudah membuat permohonan, untuk pengetahuan anda
semakan permohonan sudah dibuka.
Terdapat 2 cara membuat semakan antaranya:
- Melalui laman web rasmi BMT RISDA Semakan BMT (risda.gov.my) ATAU
- Menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.
CARA PERMOHONAN BANTUAN BMT FASA 2
Untuk sedia maklum, permohonan BMT telah dibuka bermula pada tarikh 5
mei 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 Oktober 2022 lalu.
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
1) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau
bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti
berikut:
- Kad Pengenalan pemohon asal dan Salinan
- Geran asal tanah dan Salinan
- Salinan buku akaun bank yang aktif
2) Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan
berikut:
- Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
- Salinan geran lot yang ditoreh
- Salinan buku akaun bank yang aktif
- Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah
Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi pekebun kecil makmur iaitu
: https://pekebunkecilmakmur.com.my/
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungi Bahagian
Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian 03-4256 4022.
0 Comments
Terima kasih