Tetapi tahukah ada banyak jenis pengeluaran yang
boleh anda lakukan selagi mana mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak
KWSP.
Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan
pengeluaran wang KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan
tujuan untuk membina atau ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan
lain-lain.
PENGELUARAN KHAS
WANG KWSP BERSASAR AKAUN 2 UNTUK TUJUAN PERIBADI
Berikut anda boleh semak butiran termasuk jenis
pengeluaran, borang permohonan, cara memohon duit pengeluaran wang KWSP akaun 2
untuk peribadi 2023
1) Pembayaran Ibadah Haji
Untuk mengurangkan bebanan anda menunaikan haji,
duit daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan
pengeluaran KWSP i-Akaun untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan
Lembaga Tabung Haji.
2) Pembayaran Rawatan Perubatan
Jika anda menghadapi masalah melibatkan masalah
kesihatan dan 36 penyakit kritikal, anda boleh melakukan pengeluaran pada akaun
2 bagi menampung kos perubatan dan pembelian alat kesihatan.
Baca Juga:
Bantuan
E-Wallet RM300 Setiap Bulan Khusus untuk Rakyat Malaysia
TERKINI:Tarikh
Pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2
3) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
Pihak KWSP memberi kemudahan untuk membantu ahlinya
memiliki rumah pertama sendiri.
Sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, membeli
rumah subsale, rumah lelong, atau beli melalui Permohonan Rumah Mesra Rakyat
2022.
4) Pengeluaran KWSP Untuk Pendidikan
Bagi yang ingin menyambung pengajian ke peringkat
pengajian tinggi perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan
Universiti.
KWSP memberikan pilihan dan kemudahan pengeluaran
EPF untuk anda menampung pengajian anak anda jika kemudahan Pinjaman PTPTN
tidak mencukupi.
Semoga dengan pengeluaran yang dibenarkan ini dapat
membantu serba sedikit rakyat Malaysia yang sangat memerlukan.
0 Comments
Terima kasih