Ticker

6/recent/ticker-posts

TERKINI: Bantuan E-Wallet RM300 Setiap Bulan Khusus untuk Rakyat Malaysia~MOHON SEKARANG


Bantuan e-Wallet sebanyak RM300 secara automatik di bawah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) telahpun diperkenalkan di bawah Belajawan 2023 Negeri.

BINGKAS pada asasnya merupakan bantuan e-Wallet yang disalurkan kepada mereka yang layak dan memerlukan bagi menyemarakkan kecekalan keluarga supaya kurang

E-Wallet ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan harian di pasaraya berdaftar secara tanpa tunai (cashless). Jumlah dalam e-Wallet berkenaan akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/beritakiniviral

Baca juga:

CARA MEMOHON

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, untuk memohon, sila layari laman web BINGKAS untuk mengemaskini nombor telefon terkini dan mendaftar.

1. Pergi ke laman rasmi:  https://www.bingkasselangor.com/log-masuk

2. Masukkan nombor telefon anda.

3. Isi setiap maklumat yang diperlukan.

4. Hantar permohonan.

Jika anda penerima KISS sebelum ini, sila kemaskini nombor telefon bimbit anda di sini: Kemaskini No Telefon

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan berikut: 

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan);
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

CARA PEMBELIAN MELALUI BINGKAS

1. Pergi ke kedai-kedai yang tersenarai di bawah Program BINGKAS.

2. Pilih barang yang ingin dibeli.

3. Juruwang imbas ID penerima dalam applikasi SELANGKAH untuk tujuan pengesahan.

4. Pastikan baki dalam akaun BINGKAS mencukupi.

5. Penerima menekan “PAY” & pilih akaun BINGKAS untuk buat pembayaran.

6. Masukkan 6 digit pin untuk pengesahan.

7. Selesai.


SEMAKAN SENARAI BARANG KEPERLUAN BINGKAS SELANGOR

Hanya barang yang tersenarai di bawah sahaja yang dibenarkan untuk pembelian :

  • Beras
  • Bihun/ Mi
  • Roti
  • Biskut
  • Telur
  • Gula & garam
  • Tepung
  • Minyak Masak
  • Sayur & Buah
  • Rempah ratus, kicap, sos
  • Daging ayam, lembu, kambing & ikan
  • Sabun, bahan mandi & bahan pencuci
  • Lampin pakai buang
  • Produk tenusu
  • Barang persekolahan
  • Perihal pendidikan

Maklumat lengkap tentang BINGKAS boleh dirujuk Portal Rasminya DI SINI dan pendaftaran secara atas talian boleh dikemukakan DI SINI.

Semoga berjaya dalam permohonan bantuan kerajaan pusat ini. Terima kasih.

 

 

Post a Comment

0 Comments