Ticker

6/recent/ticker-posts

Syamsul Yusof Sah Bernikah dengan Ira Kazar di Thailand

Pengarah filem kontroversi, Syamsul Yusof 39 mengesahkan sudah menikahi pelakon Ira Kazar di Thailand.

Majlis akad nikah Syamsul dan Ira berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

Syamsul mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang bersabar menanti perkembangan terbaru termasuk isu rumah tangganya.

Syamsul juga berkata bahawa, pernikahanya itu juga sudah didaftarkan dengan pihak berkuasa di Malaysia. Beliau berkongsi berita berkenaan menerusi satu video yang dimuat naik ke akaun Instagramnya, sebentar tadi.

"Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, satu hari nanti saya akan letakkan noktah terhadap isu yang membelenggu rumah tangga saya.

"Ira kini sah menjadi isteri saya di sisi syarak dan Allah," katanya.

"Saya sudah bernikah dengan Ira berwalikan ayahnya sendiri, di Thailand. Ada sebab saya bernikah di sini, untuk memudahkan beberapa urusan dan ia sudah didaftarkan," katanya sambil menjelaskan pelakon Puteri Sarah masih isterinya yang sah.

"Saya harap Puteri Sarah pulanglah ke rumah supaya kita boleh berbincang. Tak perlu hebahkan di media sosial.

"Pulanglah, bawa anak-anak sekali. Apa sahaja masalah, kita boleh bincang tanpa perlu dihebahkan atau mengaibkan saya atau sesiapa saja.

"Sudah-sudahlah ke sana ke mari tanpa izin suami. Saya masih suami, fikir-fikirkanlah," kata Syamsul dalam video berdurasi kira-kira empat minit itu.

Tambah Syamsul, dia tidak pernah berniat membelakangkan sesiapa dalam hal itu, sebaliknya mengharapkan doa yang baik daripada ibu bapa dan keluarganya.

"Saya harap keputusan yang saya buat ini diberkati serta dilindungi dari fitnah dan hasad. Apa yang penting (pernikahan) ini sah di sisi syarak," katanya lagi.

Sepanjang tahun lalu, kontroversi rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah mendapat liputan meluas media tempatan.

Puteri Sarah dalam kenyataannya pernah mendedahkan Ira sebagai punca rumah tangganya dengan Syamsul bergolak.

Syamsul dan Puteri Sarah yang bernikah pada 8 Mac 2014 dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

video penuh DI SINI



Post a Comment

0 Comments