Gambar hiasan |
Seorang remaja perempuan membuat laporan polis selepas
mendakwa menjadi mangsa rogol pegawai berpangkat inspektor ketika berada di
sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), dekat sini Rabu minggu lalu.
Laporan polis berkenaan dibuat remaja berusia 16 tahun
terbabit Sabtu lalu dan dia mendakwa dirogol inspektor itu ketika berada dalam
bilik pejabat pegawai terbabit di IPD berkenaan kira-kira jam 6.30 petang.
Sumber berkata, mangsa pada mulanya dipanggil inspektor
berusia 30-an itu ke IPD untuk membantu siasatan berhubung satu kes rogol
membabitkan remaja terbabit yang dikatakan dilakukan bapa tiri terhadap
dirinya.
"Ketika berada dalam bilik, inspektor berkenaan yang
juga pegawai penyiasat kes membabitkan remaja perempuan itu memberitahu dia
mahu membuat pemeriksaan pada kemaluan mangsa.
DISYORKAN
UNTUK ANDA
- Polis
berjaya tumpaskan 'Geng Diva' yang aktif melakukan pecah rumah
- dera kanak-kanak berusia 4 tahun, seorang pengawal
keselamatan ditahan
- bayi lelaki usia 4 hari akhirnya meninggal dunia
- Tidak kemas rumah, seorang
ibu ditumbuk dan pijak oleh anaknya
- Seorang
lelaki pemangsa seks kanak-kanak direman
"Mangsa ketika itu sedang duduk di kerusi dan pegawai
berkenaan kemudian memintanya supaya mengangkang untuk memudahkan pemeriksaan
dilakukan terhadapnya," katanya.
Menurut sumber, pegawai polis itu kemudian memegang kemaluan
mangsa dan diminta supaya baring atas katil yang ada dalam bilik berkenaan
dalam keadaan bogel," katanya.
Menurutnya, pada masa sama pegawai berkenaan gagal mengawal
nafsu merogol remaja terbabit.
"Pegawai polis berkenaan memberi alasan alat yang
digunakan untuk membuat pemeriksaan ke atas mangsa gagal berfungsi dengan baik.
"Walaupun takut namun mangsa tidak dapat berbuat
apa-apa dan hanya mampu membiarkan tubuhnya dinoda inspektor berkenaan,"
katanya.
Menurutnya, mangsa mendakwa yang kejadian itu berlaku hampir
30 minit dan selepas itu dia diminta pegawai polis terbabit memakai kembali
pakaiannya selain turut diberitahu yang kes berkenaan belum selesai serta
diarahkan kembali untuk siasatan.
"Susulan daripada itu, mangsa yang sudah tidak
bersekolah tampil membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit selepas
tiga hari ia berlaku dan dia juga dipanggil ke IPD untuk memberi keterangan.
"Remaja perempuan itu juga sudah dibawa menjalani
pemeriksaan di hospital dan sepasukan polis unit forensik yang menjalankan
siasatan di lokasi kejadian turut menemui beberapa kesan dipercayai air mani
pada cadar serta sarung bantal," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani
Abdullah Sani mengesahkan laporan dan penahanan pegawai berkenaan namun enggan
mengulas lanjut keana siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan.
0 Comments
Terima kasih