Ticker

6/recent/ticker-posts

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini Mulai Dikreditkan ke Akaun Bank Penerima

Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan hari ini telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada insitiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampu dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Oleh demikian, bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dinamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus di tambah baik.

Untuk makluman, bantuan kewangan tunai di bawah Kementerian Kewangan (MOF) untuk golongan B40 kini diawalkan dari Mac kepada Januari.

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Mulai Dikreditkan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran fasa pertama bantuan yang kini dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) itu melibatkan 8.7 juta penerima dengan implikasi kewangan RM1.67 bilion.

“Ia akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima berdaftar mulai 17 Januari,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, seramai 4 juta penerima isi rumah menerima RM300, 1.2 juta warga emas tiada pasangan (RM100) dan 3.5 juta penerima bujang (RM100).



“Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama,” ujarnya.


BACA JUGA

Baucer Pakej Berpantang RM200 untuk Ibu Lepas Bersalin

Jadual Pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 Kategori Keluarga dan Bujang

Pengumuman Tarikh Rasmi Bantuan Khas Kewangan (BKK)


Semakan Status Pembayaran

Penunaian boleh dibuat di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai tarikh sama bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank.

“Semakan status pembayaran akan dibuka mulai Selasa dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my,” katanya.

 

 

Post a Comment

0 Comments