Pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terjejas
pendapatan akibat bencana banjir boleh menghubungi BSN untuk membincangkan
mengenai bantuan pembayaran balik pembiayaan yang bersesuaian.
BSN menerusi kenyataan berkata, pihaknya prihatin dan
simpati terhadap mangsa bencana banjir di beberapa negeri baru-baru ini.
"Selain itu, pemilik perniagaan mikro yang terkesan dan
memerlukan pembiayaan untuk membangunkan semula perniagaan mereka, boleh
memohon Skim Pembiayaan BSN Mikro/i SemarakNiaga.
"Skim pembiayaan ini menawarkan jumlah pembiayaan
sehingga RM50,000 untuk tempoh pembiayaan sehingga 5.5 tahun termasuk
moratorium (rehat bayaran) bagi enam bulan pertama ke atas pembayaran ansuran
bulanan.
Baca Juga:
- BANTUAN
KHAS DARIPADA KERAJAAN SABAH RM1000
- PERMOHONAN
BANTUAN KEBAJIKAN JPKA SECARA ONLINE 2023
- BANTUAN
SARA HIDUP (BSH) 2023
- SENARAI
BANTUAN KHAS KEWANGAN YANG AKAN DIBAYAR BULAN INI
- BANTUAN
BMT RM800~SEMAK SEKARANG
"Melalui skim ini, perusahaan mikro dalam semua jenis
sektor perniagaan yang beroperasi sekurang-kurangnya enam bulan boleh memohon
pembiayaan sama ada bagi tujuan modal kerja atau pembelian aset untuk kegunaan
perniagaan.
"Usahawan mikro juga boleh memohon bantuan sehingga
RM75,000 melalui Dana Bantuan Bencana (DRF)," katanya.
BSN berkata, caj bagi penggantian kad kredit dan kad debit
BSN yang rosak atau hilang ekoran bencana banjir juga akan dikecualikan.
BSN melalui jenama Tanggungjawab Sosial Korporatnya, BSN
Care, turut menghulurkan sumbangan berupa kotak keperluan asas dengan jumlah
keseluruhan bernilai RM90,000 kepada mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan.
Kotak keperluan asas ini mengandungi barangan makanan,
minuman serta keperluan harian lain bernilai RM100 setiap satu.
"Ia sudah diserahkan kepada mangsa banjir melalui
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di negeri masing-masing.
"Diharapkan melalui pelbagai bentuk bantuan yang
disediakan oleh pihak BSN ini dapat sedikit sebanyak meringankan bebanan yang
ditanggung oleh mangsa banjir terutamanya bagi meneruskan kehidupan pasca
banjir.
-metro
0 Comments
Terima kasih