Ticker

6/recent/ticker-posts

SENARAI BANTUAN KHAS KEWANGAN YANG AKAN DIBAYAR BULAN INI & TAHUN HADAPAN~ SEMAK SEKARANG


Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Negeri masing-masing kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah senarai BKK yang dan jumlah yang bakal diberikan: 

Bantuan Khas Kewangan Pulau Pinang

Pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membuat pembayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,200 kepada semua kakitangan awam Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Bayaran bantuan ini akan dibuat pada bulan Disember 2022.

Bantuan Khas Kewangan Kedah

Seperti mana yanfg diumumkan di bawah Belanjawan Negeri Kedah 2023, pihak Kerajaan Negeri telah setuju memberikan insentif bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500 kepada semua kakitangan awam dan anggota pentadbiran Kerajaaan Negeri.

Sama seperti Pulau Pinang, bantuan ini dibayar pada bulan Disember 2022.

Bantuan Khas Kewangan Negeri Sembilan

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada 25 November lalu mengumumkan pemberian BK sebulan setengah gaji atau minimum RM2,500 kepada 5,599 orang penjawat awam di negeri itu.

Bonus ini akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada awal bulan Januari dan minggu pertama April 2023.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/beritakiniviral

BACA JUGA:

Bantuan Khas Kewangan Selangor

Bagi negeri Selangor pula, semua anggota berkelayakan dan berkhidmat di pentadbiran kerajaan negeri akan layak menerima BKK sebanyak dua bulan setengah gaji. Mereka itu termasuklah anggota perkhidmatan yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2022.

Bantuan Khas Kewangan Terengganu

Kerajaan Terengganu telah mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM900 semua penjawat awam di negeri berkenaan. Pembayarannya akan dibuat pada bulan Januari tahun hadapan (2023).

Bantuan Khas Kewangan Kelantan

BKK sebanyak RM1,500 akan diberikan penjawat awam di negeri itu dengan melibatkan melibatkan peruntukan sebanyak RM13 juta.Bantuan itu akan disalurkan pada bulan Januari tahun depan sebagai tanda menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.

Bantuan Khas Kewangan Sarawak

Kerajaan Sarawak mengumumkan bonus minimum RM 2,000 kepada penjawat awam negeri manakala penjawat awam persekutuan turut diberikan RM 500 yang akan dibayar sebelum penghujung 2022.

Bantuan Khas Kewangan Sabah

Kerajaan Sabah telah mengumumkan bantuan khas kewangan setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri. Pembayaran akan dibuat pada Januari 2023.


Post a Comment

0 Comments