Ticker

6/recent/ticker-posts

Harga Telur Turun Lebih Murah Esok-PM Anwar


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu akan mengumumkan harga telur baharu yang lebih rendah esok. Hal ini dimaklumkan, selepas beliau berbincang dengan menteri berkenaan.

Beliau berharap langkah ini dapat mengurangkan kebergantungan terhadap kartel.

“Ada beberapa langkah diambil yang diharap akan diumumkan oleh beliau (Mohamad) esok dengan harga lebih rendah kerana mengurangkan kebergantungan kepada kartel. Jadi, kita harap jumlah pengedaran telur dalam pasaran cukup dan harganya akan dikurangkan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

BACA JUGA

BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2023

PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN JPKA ONLINE 2023

PENGAMBILAN SECARA BESAR-BESARAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM) 2023

Sebelum itu, Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pertama Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di sini hari ini.

Di Semenanjung, harga siling bagi telur Gred A ialah 45 seN, 43 sen bagi telur Gred B dan 41 sen bagi telur Gred C.

Di Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan pula, harga siling berbeza mengikut zon dan daerah.

Isu telur ayam mula hangat susulan dakwaan bahawa barangan asas itu semakin berkurangan di pasaran,sehingga menyebabkan berlaku peningkatan harga.


Sumber: Awani

Post a Comment

0 Comments