Untuk pengetahuan
anda, Kerajaan Sabah telah
mengumumkan bantuan khas kewangan setengah bulan gaji dengan kadar minimum
RM1,000 kepada penjawat awam negeri. Pembayaran akan dibuat pada Januari 2023.
Ketua Menteri Sabah
iaitu Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bantuan khas itu akan membabitkan
pembayaran kepada penjawat awam negeri.
Beliau berkata
demikian semasa pembentangan Bajet Negeri Sabah 2023 pada persidangan Dewan
Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
Baca Juga:
- SYARIKAT MYAIRLINES MENAWARKAN PENERBANGAN DENGAN KOS RENDAH
- PERMOHONAN BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN AM SABAH (JPKAS) 2023
- BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2023
- PENGAMBILAN SECARA BESARAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)
“Bayaran bantuan
khas ini diharap agar dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan
anak-anak dan juga untuk sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
“Di samping itu,
bantuan khas iaitu sebanyak RM500 juga akan turut diberikan sempena sambutan
Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan yang akan dibayar pada bulan April
2023,” katanya.
Menurut beliau
lagi, dengan pemberian insentif itu diharap penjawat awam dapat berusaha dengan
cekap dan lebih gigih lagi bagi memastikan mutu perkhidmatan kepada rakyat
dapat dipertingkatkan.
0 Comments
Terima kasih