Ticker

6/recent/ticker-posts

TERKINI: Syarikat MyAirlines Menawarkan Jualan Penerbangan Kos Rendah



Syarikat penerbangan berkos rendah MyAirline, bakal memulakan operasinya pada 1 Disember 2022.

Syarikat ini bermatlamat untuk menawarkan penerbangan dengan harga mampu milik kepada semua disamping memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.

Syarikat ini turut mengamalkan pendigitalan berinovasi serta amalan teknologi hijau bagi setiap proses harian, produk serta perkhidmatan.Penumpang juga pasti bakal terkesima dengan penampilan krew dan anak kapal yang mengenakan jaket dan seluar serta sneakers putih ketika terbang bersama mereka. Sememangnya lain daripada yang lain.

Meskipun syarikat penerbangan ini baharu, namun warga kerjanya memiliki pengalaman bertahun-tahun dalam bidang penerbangan di bawah kepimpinan pengarahnya iaitu Rayner Teo Kheng Hock.


Baca Juga:

TEMPAH TIKET & PROMOSI TERKINI MYAIRLINE

Bagi meraikan pengoperasiannya, syarikat ini menawarkan jualan penerbangan kos rendah bagi 3 lokasi di Malaysia.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket penerbangan dengan harga promosi bagi destinasi berikut :


  • KLIA2 – Langkawi (serendah RM48 sehala)
  • KLIA2 – Kuching (serendah RM68 sehala)
  • KLIA2 – Kota Kinabalu (serendah RM88)

Butiran jualan adalah seperti berikut :

  • Tempoh jualan: 26 November hingga 30 November 2022
  • Tarikh penerbangan: 1 Disember 2022 hingga 25 Mac 2023

Untuk buat tempahan tiket penerbangan, sila ke pautan https://www.myairline.my/

CARA TAMBAH ADD-ON MEALS, BAGASI, PEMILIHAN TEMPAT DUDUK

Selepas membuat tempahan tiket penerbangan, anda juga boleh buat penambahan seperti berikut:

  • Add-on makanan (harga bermula RM12)
  • Bagasi tambahan (harga bermula RM30)
  • Pemilihan tempat duduk (harga bermula RM10)

Caranya ialah dengan ke pautan https://www.myairline.my dan pergi ke Manage Bookings.

Daftar masuk menggunakan nombor tempahan (Booking Reference Number) dan nama pertama (surname) untuk mula buat penambahan dengan harga serendah RM 10 sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

MyAirline juga dijangka bakal mengumumkan lebih banyak destinasi penerbangan tak lama lagi seperti Sibu, Pulau Pinang, Kota Bharu dan Tawau.

Untuk ketahui perkembangan terkini serta maklumat lanjut, sila layari pautan https://www.myairline.my/ dan ikuti laman media sosial MyAirline di pautan berikut:

Ikuti Telegram Rasmihttps://t.me/beritakiniviral



 

 

Post a Comment

0 Comments