Untuk makluman
anda, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA Sabah) membangunkan satu sistem
baharu permohonan bantuan kewangan secara dalam talian yang akan mula
beroperasi pada 1 Januari 2023.
Pembantu Menteri
Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng berkata,
permohonan dalam talian itu telah disediakan untuk memberi kemudahan kepada
permohonan demi keselesaan serta kesejahteraan mereka.
“Berhubung dengan
isu mereka yang masih menunggu bantuan kebajikan, sebagai makluman jumlah
peruntukan tahunan yang telah disediakan untuk bantuan kebajikan terutamanya
untuk warga emas adalah terhad.
“Oleh dengan itu,
bukan semua warga emas dapat diberi pertimbangan dalam permohonan baharu mereka
dan mereka mestilah memenuhi syarat kelayakan permohonan serta tertakluk kepada
kedudukan kewangan yang sedia ada yang belum ada komitmen.
“Selain daripada sistem sedia ada, Kementerian saya melalui JPKA telah membangunkan satu sistem baharu permohonan bantuan kewangan secara dalam talian iaitu (https://jpka.sabah.gov.my) yang beroperasi pada 1 Januari 2023,” katanya
Berikut maklumat lebih lanjut mengenai JPKAS atau Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am
Sabah :
JENIS PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN JPKA SABAH
Berikut merupakan
jenis bantuan yang telah disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am
(JPKA) Sabah.
- Bantuan
Am
- Bantuan
Anak Yatim
- Bantuan
Warga Emas
- Bantuan
Kanak-kanak
- Bantuan
Penjagaan OKU / Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- Elaun
Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)
- Bantuan
OKU Tidak Berupaya Bekerja
- Bantuan
Segera
- Bantuan
Anak Pelihara
- Bantuan
Latihan Perantis
- Bantuan
Sekaligus
- Pengurusan Bantuan Bencana & Perkhidmatan Am
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN
Untuk pengetahuan
anda, pemohon haruslah seorang Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah.
tidak mempunyai pendapatan tetap, miskin / balu / janda / warga emas atau Orang
Kurang Upaya.
CARA PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN
Anda perlu membuat
permohonan di Pejabat Kebajikan Bahagian / Daerah yang berdekatan dengan anda.
Mulai 1 Januari
2023, permohonan akan dibuka secara online melalui laman web https://jpka.sabah.gov.my/ atau https://egjpkn.sabah.gov.my/eSBK/
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan
Kad Pengenalan yang disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran.
- Salinan
surat beranak.
- Laporan
perubatan (jika berkaitan).
- Surat cerai, sijil mati pasangan, salinan no akaun bank
Borang Pengesanan
Perkhidmatan / Rujukan Awal boleh juga dimuat turun dari laman web https://jpka.sabah.gov.my/.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila layari https://jpka.sabah.gov.my/ ATAU Sila
dapatkan maklumat permohonan melalui laman web https://egjpkn.sabah.gov.my/eSBK/
0 Comments
Terima kasih