Cadangan agar kerajaan membenarkan sekali lagi pengeluaran khas Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat hanya akan memberi manfaat besar kepada
golongan T20 serta sebahagian M40 dan bukan secara menyeluruh terhadap mereka
yang terkesan.
Ahli Ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak, Prof Dr Barjoyai Bardai
berkata, ini kerana kumpulan B40 secara purata baki simpanan mereka mempunyai
kurang RM10,000.
"Ini bermakna, mereka ini memang tidak boleh bersara kerana sasaran
adalah untuk mencapai simpanan persaraan mereka sekurang-kurangnya RM250,000.
"Oleh itu, jika dibenarkan pengeluaran KWSP, hanya pencarum T20
atau sebahagian M40 saja yang berupaya membuat pengeluaran kerana baki simpanan
mereka banyak.
DISYORKAN
UNTUK ANDA
1.
Nilai Ringgit Malaysia Terus Menunjukkan Peningkatan Berbanding Dolar AS
2.
Kedutaan
Asing yang Pertama Ucap Tahniah Kepada PM Datuk Seri Anwar Ibrahim
3.
BAJET
2023 AKAN DIBENTANGKAN SEMULA SEBELUM AKHIR TAHUN ~ PM
"Kebenaran pengeluaran KWSP sebelum ini juga mengelirukan kerana
apabila pencarum yang keluarkan wang mereka beranggapan dapat menyelamatkan
mereka tetapi dengan kos jangka panjang mereka sebenarnya kehilangan punca
untuk bersara.
"Jadi ini sebenarnya satu bentuk penipuan kerana sepatutnya
kerajaan menolong mereka bukan semakin menekan mereka dengan membenarkan mereka
membuat pengeluaran wang sendiri.
"Kerajaan tidak sepatutnya membenarkan lagi pengeluaran KWSP,
tetapi kerajaan patut menolong B40 dan berpendapatan rendah ini bagaimana untuk
mencukupkan sasaran simpanan bersara mereka kepada RM250,000," katanya
kepada Harian Metro.
Menurutnya, selain pencarum B40, 6.3 juta pencarum golongan M40 juga
didapati mempunyai baki simpanan kurang RM10,000.
Dari segi ekonomi, beliau berkata ia (pengeluaran KWSP) adalah satu
jalan mudah kepada kerajaan untuk meningkatkan kadar pertumbuhan.
"Apabila pengambilan dibenarkan ia akan meningkatkan perbelanjaan
isi rumah dan perbelanjaan isi rumah di Malaysia sangat penting di dalam
menentukan kadar pertumbuhan Hasil Dalam Negara Kasar (GDP), jadi semakin
banyak pengguna berbelanja, semakin tinggi GDP itu.
"Bagi kerajaan ini jalan mudah untuk melonjakkan ekonomi, tapi
menjejaskan masa depan pencarum.
"Saya rasa kerajaan perlu melihat langkah lebih lestari yang tidak
menjejaskan masa depan pencarum dan masa sama menolong isi rumah serta-merta,"
katanya.
Selain itu, beliau berkata, perlu ada satu sesi kumpulan pemikir
bagaimana untuk menolong kumpulan B40, miskin dan golongan terjejas di
Malaysia, terutama bagaimana mahu keluarkan mereka daripada kancah kemiskinan.
"Ini memerlukan strategi jangka panjang yang konkrit dan kerajaan
mesti ada penyelesaian jangka panjang lestari yang dapat membantu 6.3 juta
pencarum yang simpanannya kurang RM10,000 untuk mencapai matlamat bersara
sekurang-kurangnya RM250,000.
"Sebenarnya, simpanan persaraan RM250,000 sangat kecil kerana
sasaran yang lebih baik adalah RM1 juta.
"Kerajaan perlu mencari jalan bagaimana menaikkan pendapatan bukan
saja terhadap golongan bekerja malah peniaga, nelayan dan petani.
"Kita perlu mencari jalan menambah kekayaan atau harta bagi setiap
keluarga, sebagai contoh di Bangladesh semua rakyatnya diberi tanah percuma
secara wajib, walaupun mereka datang sini bekerja, mereka ada tanah dan mencari
wang di sini untuk membina rumah di sana.
"Kita banyak terlepas peluang terbabit dan B40 di negara ini tiada
harta langsung dan kita kena tolong mereka dengan mencari penyelesaian lain
bukan dengan bergantung pengeluaran KWSP semata-mata," katanya.
Sumber: -Metro Harian
0 Comments
Terima kasih