Ticker

6/recent/ticker-posts

Cerita kehidupan seorang budak kampung zaman 90an

 



Teringat ketika saya masih di sekolah rendah pada tahun 90an, di kala itu kehidupan tidak lah seperti pada masa kini yang di kelilingi dengan teknologi yang mewah seperti handphone, television, komputer serta permainan secara online. Kehidupan pada ketika itu hanyalah biasa-biasa sahaja di mana permainan yang kami mainkan hanyalah menggunakan alat-alat yang ada di sekeliling kami dan yang semulajadi.

Walaupun begitu keseronokan bermain pada masa itu tidak dapat diungkap dengan kata-kata disebabkan terlalu asyik bermain bersama kawan-kawan dan sepupu-sepupu waktu pun tidak terasa sehinggah dicari ibubapa baru mahu balik ke rumah. Apa tidaknya bukan kita yang memikirkan untuk mengurus kehidupan cuma menjalani dan merasakan perjalanan hidup menuju kedewasaan.

Memang ketika itu kehidupan di kampung masih lagi daif, bayangkan lah lampu malam pun masih menggunakan lampu minyak tanah yang dipagi hari kita bangun pasti hitam lubang hidung tehirup asap lampu minyak tanah. Walaupun kehidupan kami seperti itu,  kedua orang tua kami tabah dalam  mengharungi liku-liku kehidupan untuk membesarkan dan melayan kerena kami anak-anaknya.

Ada satu ketika itu, pakcik saya yang lama merantau balik ke kampung bersama keluarganya. Kerana telalu lama di perantauwan, saya tidak mengenali anak-anaknya kerana tidak pernah bertemu. Disitu lah mulanya saya bersama abang-abang saya mula menyekat mereka apabila bertemu ala-ala semseng dengan gaya rambut saya ketika itu seingat saya dikeritingkan seperti rambut penyanyi Alleycat.

Setiap kali mereka lalu di tempat kami memang mereka akan di sekat dan di olok-olok(cari pasal) sehingga lah pada satu hari kami bergaduh dan saya ditolak sehingga masuk parit bersama rambut alleycat saya. Melihat hal itu, abang-abang saya memukul sepupu saya hingga seorang dari mereka hampir pengsan dan saya bersama abang-abang saya lari balik ke rumah dan buat seperti tidak apa-apa berlaku.

Tidak lama daripada itu datang lah makcik saya dengan membawa sepupu kami yang dekat pengsan datang ke rumah. Dengan nada yang tinggi makcik saya beritahu kepada orng tua kami yang kami pukul anaknya sehingga mahu pengsan dan bedarah hidung.

Mendengar hal itu bapa pun turun, menangkap seekor patu(itik jenis besar) peliharan saya, di berinya kepada makcik sebagai sogit(denda), untuk menenangkanya dari kemarahan, kami pada masa itu sudah angkat kaki lari takut kena rotan, tau ja lah orang tua, mana tidak marah anak buat perangai.

Sebelum makcik balik dia bepesan kepada bapa saya supaya kami kena datang ke rumah mereka  sebelum menyembelih patu tadi untuk bukti sogit supaya kami tidak menyekat dan memukul sepupu kami lagi. Sejak dari itu, kami mula rapat dan bebaik dengan sepupu-sepupu kami setelah makan bersama daging patu(sogit) tersebut.

Selepas kejadian itu, saya makin rapat dengan sepupu-sepupu saya sehingga boleh di katakan setiap hari datang ke rumah mereka biar pun selalu di gigit anjing peliharaan pakcik saya masi juga mahu datang kesana. Pakcik memang suka memelihara anjing untuk di bawa memburu. Sebab itu lah anjing-anjing nya tidak malu-malu mengigit siapa-siapa yang datang atau lalu di kawasan mereka.

Namun tarikan untuk bermain guli, main gasing, melastik dan macam-macam lagi  membuatkan anjing pakcik tidak mengigit sudah kerana selalu datang ke rumah mereka. Setiap hari ke sekolah pun mesti bersama-sama dan masa balik sekolah tu lah berjanji mahu datang lagi ke rumahnya. Sehingga kan mama suruh berehat tidur selepas makan, pun boleh-boleh ikut jendela keluar rumah untuk pergi ke rumah sepupu saya.

Apatah lagi di hujung-hujung minggu awal pagi saya sudah di rumah mereka sampai petang lumayau(merayau-rayau) orang kampung bilang,he,he,. Pergi menangkap burung mandi di sana hutan menggunakan gam yang diperbuat dari pulut pokok geta memang siok masa tu pangang-pangang sana hutan. Seronok-seronok juga lah, tapi sudah balik rumah rotan pun singgah juga lah sedas dua di kaki untuk di bawa tidur,,he,he.

Keakraban saya dengan sepupu membuatkan kami selalu lewat balik rumah biar pun sudah gelap gansahon(suka merayau) bilang tu suku dusun. Apa tidak kami kejar anak tu ruak-ruak untuk di tangkap kunun sampai gelap pun tidak juga dapat kena kunci juga lah tu daun telinga masa balik di rumah.

Tapi besok nya, awal-awal pagi lagi saya ke rumah mereka lagi cuti hujung minggu kemarin petang sudah berjanji mahu main laga biji geta musim biji getah luruh. Dengan tidak malu ikut lah saya sarapan di rumah diorang sana he,he. Tidak sempat sarapan di rumah takut kena tahan oleh orng tua.

Setelah itu kami berdua pergilah mengutip biji getah di kebun. Laga punya laga habis biji getah yang dikutip tadi, di sini lah masa kami mengutip balik biji getah, saya terlihat pakcik saya bapa sepupu saya ada di belakang, cuma yang saya hairan masa tu dia memakai baju dan seluar serba hitam seperti baju silat melayu dan mata nya menyorot marah. Saya bagi tahu lah sepupu saya yang bapa nya ada di belakang kami. Saya tanya dia kalau pakcik saya tidak marah kah sebab saya lihat macam dia marah.

Sekali sepupu saya menoleh ke belakang sekali tidak ada sesiapa pun di belakang kami. Sepupu saya lari sambil menjeri hantu!!!!. Saya yang terkejut apa lagi, lari lah kejar dia menuruni bukit sesampai di jalan raya kami tidak lagi laga biji getahmasing-masing balik rumah takut. Mula dari situ lah saya tidak berani balik lewat petang dari rumah sepupu saya takut terjumpa hantu tengah jalan ha,ha kerana jarak rumah kami boleh tahan jauh juga sehingga hari ini masih saya teringat kejadian itu

Tahun beganti tahun kami tetap akrab banyak kenangan yang kami lalui nanti ku tulis kan lagi,,,buat masa ini sampai di sini dulu lah,,,


Post a Comment

0 Comments