"Awak keluar kereta dulu." Itu kata-kata terakhir
Nurul Nazihah Kamalul Arifin kepada suaminya sebelum wanita itu maut akibat
terperangkap dalam keretanya yang terbakar selepas kemalangan melibatkan empat
kenderaan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan, malam tadi.
Sambil menahan sebak, suami mangsa Redzuan Jamil, 28,
berkata dia berjaya dibawa keluar oleh orang awam, sebelum dia dan orang awam
cuba pula untuk membawa keluar isterinya yang masih tersepit di dalam kereta.
"Ada kemalangan di hadapan saya dan keadaan tengah
sesak ketika itu. Tiba-tiba saya sedar ada impak dari belakang apabila lori
lima tan rempuh kereta saya dan dua kereta lain. Saya cuba selamatkan isteri
saya dengan memecahkan cermin hadapan dan pintu sebelah isteri saya tapi tak
berjaya kerana dia tersepit dekat 'dashboard' dan waktu itu isteri saya
masih sedar.
DISYORKAN UNTUK ANDA
· Dipaksa
Melakukan Hubungan Seks Dengan Anjing
· Bunuh
Wanita Hamil dan Culik Bayi Dalam Kandungan
· Tikam
Isteri Hingga Mati Lalu Terjun Pangsapuri
· Kanak-kanak
Sebagai Umpan Untuk Meragut Rantai Emas Warga Emas
"Selepas itu, tangki kereta saya meletup dan ada orang
bawa saya keluar dari situ. Ketika itu saya tak dengar isteri panggil nama saya
dan saya rasa mungkin dalam tu tak panas, dia tak panggil nama saya nampak diam
sahaja," katanya ketika ditemui di kediaman bapa mertuanya di Kampung
Lukut, dekat sini hari ini.
Redzuan, yang mukanya terdapat luka akibat kemalangan, berkata
isterinya tidak menunjukkan sebarang kelainan atau perubahan sebelum
kemalangan, namun pemergiannya sangat dirasai kerana sepanjang tempoh tiga
tahun bersama, mereka tidak pernah berjauhan malah sentiasa menghabiskan masa
bersama.
"Tengah hari semalam saya dari rumah di Kota Masai,
sebelum ke Kluang jumpa 'client'. Saya dan isteri kemudiannya bercadang
nak ke Gelang Patah untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Johor Darul Ta'zim
di Stadium Sultan Ibrahim Sultan Iskandar," katanya.
Terdahulu, tular video menunjukkan seorang lelaki meraung
kesedihan dipercayai isterinya masih terperangkap di dalam kereta yang sedang
terbakar di sebuah lebuh raya.
Semalam, dua individu dilaporkan rentung manakala empat
terselamat dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan berdekatan Sedenak, pada
7.47 malam.
Nurul Nazihah ditemukan tersepit dalam Proton Wira, manakala
seorang lagi adalah mangsa dalam Toyota Vios tetapi belum dikenal pasti
identitinya.
Sementara itu, jenazah Nurul Nazihah, selamat dikebumikan di
Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, di sini pada kira-kira 3.40 petang
tadi.
Lebih 100 ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai
membanjiri kawasan tanah perkuburan tersebut bagi memberi penghormatan terakhir
kepada Allahyarham.
Suasana sayu dan hiba dapat dilihat apabila van yang membawa
jenazah memasuki kawasan perkuburan pada 3.30 petang.
Sebelum itu, jenazah disolatkan di Masjid An-Nur Kampung
Batu Empat, di sini sebelum dibawa ke kediaman ibu bapanya di Kampung Lukut.
..BERNAMA
0 Comments
Terima kasih