Ticker

6/recent/ticker-posts

TARIKH PENTING PILIHANRAYA UMUM KE-15


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini telah menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sementara hari penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November manakala hari pengundian awal ialah pada 15 November ini.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, dalam sidang media di Menara SPR, dekat sini, sebentar tadi.

DISYORKAN UNTUK ANDA

BAJET 2023 AKAN DIBENTANG SEMULA SEBELUM AKHIR TAHUN

JAWATAN KOSONG SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR)

JAWATAN KOSONG TERKINI MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA


SPR akan menggunakan daftar pemilih terkini hingga daftar pemilih tambahan Ogos 2022 yang dikemaskini pada 9 Oktober 2022.

Semua calon dan parti politik yang bertanding diperuntukkan tempoh 14 hari untuk berkempen bermula 5 November.

Sementara itu, katanya tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Pilihan Raya Negeri Pahang, Perak serta Perlis dan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N66 Bugaya di Sabah ditetapkan pada hari Sabtu 19 November ini.




SUMBER: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments