Gabriel Jesus memberi amaran kepada rakan sepasukannya di Arsenal supaya
bangkit selepas pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu hanya mampu seri 1-1
di Southampton.
Jaringan awal Granit Xhaka membolehkan Gunners mendahului di St Mary
namun skuad Mikel Arteta tercicir mata kali kedua selepas Saints menghukum
kelonggaran pertahanan Arsenal pada babak kedua.
Penyerang Arsenal, Jesus himself sendiri terlepas beberapa peluang
sebelum Stuart Armstrong menyamakan kedudukan 25 minit sebelum tamat
perlawanan.
"Setiap orang agak kecewa kerana kami tahu kami boleh menang dan
mendapat tiga mata," kata Jesus dalam laman web Arsenal.
"Saya fikir mereka beraksi dengan baik, tetapi kami lebih bagus
daripada mereka. Kami banyak memberikan bola mudah kepada mereka dan
kemudiannya kami gagal jaringkan gol apabila berpeluang."
Pemain Brazil itu berkata adalah penting Arsenal kembali mendapatkan
momentum dan menjadikan keputusan seri itu satu pengajaran.
"Kami akan kembali kuat, bermain dengan cara kami seperti permulaan
musim dan semuanya akan kembali normal.
"Kadang-kala anda mungkin merosot sedikit tapi anda perlu sedar dan
bangkit. Itu yang kami perlu lakukan."
Arsenal yang akan meneruskan aksi liga menentang Nottingham Forest di
tempat sendiri selepas kempen Liga Europa menentang PSV Eindhoven pertengahan
minggu ini, kini hanya dua mata di depan pasukan di tangga kedua, City.
-metro
0 Comments
Terima kasih